Sistem Penguatkuasaan Automatik atau Automatic Enforcing System (AES) merupakan sistem automatik sepenuhnya, terdiri daripada kamera tetap dan kamera mudah alih yang akan ditempatkan di beberapa lokasi di negara ini merangkumi lebuh raya, jalan persekutuan dan jalan negeri serta persimpangan lampu tanda isyarat.

Kamera berdefinisi tinggi ini mampu merekod gambar pesalah trafik dalam apa jua cuaca serta keadaan, siang mahupun malam.

Sistem lengkap AES mempunyai kamera berdefinisi tinggi dan sensor berteknologi tinggi yang boleh mengesan pelbagai kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu merah selain membantu untuk mengenal pasti pemandu yang disenaraihitamkan.

Setelah data yang diperolehi diproses, sistem akan mencetak saman untuk dihantar terus menerusi pos berdaftar kepada pesalah yang didakwa. Teknologi ini juga disahkan oleh pihak berkuasa ujian antarabangsa yang diiktiraf oleh SIRIM sebelum ia digunakan untuk AES.Sistem kamera ini dengan alat-alat pengukur kelajuan juga akan ditentukur setiap lapan bulan dengan menggunakan standard pengujian tertinggi yang ditetapkan oleh SIRIM.

untuk memuaturun lokasi percubaan sistem ini anda semua boleh muaturun terus dari portal jpj atau klik disini

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top