Penduduk yang dapat menangkap tikus hidup atau mati akan diberi saguhati RM2 untuk seekor tikus oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tidak lama lagi. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.

Sehubungan dengan perkara itu beliau memberitahu kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.    “Kempen ini dibuat berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.
“Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan,”
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.Ahmad berkata sekiranya mendapat hasil yang positif, kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri.

    “Kita buat percubaan dulu dan akan lanjutkan tempoh kempen sekiranya hasilnya baik. Kempen ini juga dapat beri pendapatan sampingan kepada penduduk selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus.

    “Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita,”katanya.

Bagaimanapun Ahmad mengingatkan penduduk supaya berhati-hati semasa menangkap haiwan tersebut dan mengambil langkah keselamatan yang perlu.

sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top