KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 33, percaya yang rezekinya untuk bergelar seorang ibu akan muncul juga satu hari nanti.
Cuma, rezeki untuk Siti dan suaminya, Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K menimang cahaya mata sejak mendirikan rumah tangga enam tahun lalu masih lagi belum ada.
Pada 21 Ogos bulan lalu, genaplah enam tahun Siti dan Datuk K melayari bahtera kebahagian rumah tangga mereka.

Walaupun acap kali ramai pihak bertanyakan bilakah Siti akan hamil, penyanyi wanita bersuara lunak itu lebih gemar mengatakan rezekinya masih lagi belum berpihak dalam hubungan suami isterinya.
“Mungkin rezeki masih belum berpihak kepada kami, namun Siti percaya akan bergelar ibu jua kelak,” kata Siti yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.
Mengakui dirinya sentiasa rasa bahagia, perasaannya itu banyak terisi dengan kehadiran anak-anak tirinya.
Malah, dengan anak-anak tirinyalah tempat untuk Siti mencurahkan rasa sayang seorang ibu.
“Hubungan dengan anak-anak tiri juga baik dan merekalah tempat untuk Siti mencurahkan kasih sebagai ibu,” katanya.

Dalam perkembangan kerjaya seninya, Siti secara diam telah merancang untuk mengadakan konsert di negeri kelahirannya.
Namun, semuanya masih lagi tidak dihebahkan memandangkan perancangan itu masih lagi berada di tahap yang awal.
Setelah segala persiapan untuk mengadakan konsert itu nanti selesai, barulah Siti akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan hasrat hatinya itu.

“Buat masa ini, Siti belum menentukan konsep konsert yang akan diadakan itu lagi. Semuanya bergantung kepada apa yang penganjut mahukan.
“Malah, Siti juga tidak kisah dengan pemilihan lokasi kerana apa yang penting, peminat dapat datang menonton konsert,” kata Siti.
Oleh: NAIMAH SHAARI


sumber

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top