DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. 

Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor

Posting Komentar

  1. Komentar ini telah dihapus oleh administrator blog.

    BalasHapus
  2. Dengan satu klik je, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen.. tapi camne nyer??
    klik je x rugi pn..jom ramai2..
    Fast action, fast result :)
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=yuliatimy

    BalasHapus
  3. Jd sesape yg muka penuh n jrwat.kira mcm2 masalah dlaman la yg dia ade kn.huhu

    BalasHapus
  4. Jd sesape yg muka penuh n jrwat.kira mcm2 masalah dlaman la yg dia ade kn.huhu

    BalasHapus
  5. Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
    RM0.15?? sikit kan??
    Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
    daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
    JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

    KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top