Dua beranak melalui kejadian yang memilukan  apabila ibunya, Jamariah Ahir (64 tahun) maut apabila motosikal yang dibonceng di tendang oleh peragut di Jalan Tuan Haji Said, Seremban kira-kira pukul 3.55 pm . Mangsa cedera parah di kepala dan badan manakala anak perempuannya, Norain Mohd Yusuf ( 23 tahun ) cedera ringan di kaki serta tangan.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Deputi Superintendan Baharudin Mustapha berkata, mangsa bersama anaknya dalam perjalanan pulang ke rumah di Sikamat selepas mengambil Jamariah yang bekerja sebagai pencuci di sebuah bank di Jalan Datuk Bandar Tunggal, di sini.

"Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, datang dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan mahu meragut beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul motosikal itu.

"Siasatan awal mendapati, berlaku tarik-menarik antara kedua-dua mangsa dan peragut menyebabkan salah seorang suspek menendang motosikal mangsa," katanya kepada Harian Metro, di sini.

Katanya, akibat tendangan itu, kedua-dua mangsa jatuh dan Jamariah maut di tempat kejadian.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top