Saya ibu tunggal dan mempunyai dua anak lelaki. Saya dulu suri rumah dan baru memulakan kerjaya apabila diceraikan suami. Baru-baru ini, suami memaklumkan dia akan merampas hak penjagaan kerana saya tidak bermampuan.

Saya kecewa dengan sikap suami yang mementingkan diri dan bertindak kejam kerana mahu merampas anak daripada saya. Puncanya, dia bengang kerana saya menolak pelawaannya untuk rujuk kembali.

Saya menolak kerana tidak tahan sikapnya yang sering mengabaikan saya serta anak. Mujur saya ada simpanan ketika bujang yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan saya serta anak.

Duit dia pula dihabiskan untuk perempuan serta minum. Saya tidak pasti akan berjaya menang kes ini kerana memikirkan kos membiayai peguam.

Saya benar-benar putus asa untuk memulakan hidup baru. Sudahlah terpaksa menahan pandangan serong orang, kini terpaksa pula berdepan tindakan kejam suami.

Saya mati akal untuk mencari penyelesaian terhadap semua masalah saya.

SUZY 
Kuala Lumpur 

Perasaan putus asa bukan saja membuatkan puan hilang hak penjagaan, tetapi seluruh kehidupan. Dang Setia teliti luahan puan apabila putus asa memulakan hidup terus menutup segala harapan puan menjadi ibu baik.

Sebelum saudari mempunyai sikap buruk itu, seharusnya fikirkan pula nasib anak. Sanggupkah puan memperjudikan nasib anak terhadap bekas suami yang puan sedia arif mengenai gaya hidupnya yang bebas? Ia pasti memberi kesan buruk kepada anak.

Bayangkan pula kesan jangka masa panjang anak, pasti puan tidak ingin anak di bawah suami yang bersikap tidak bertanggungjawab. Saranan Dang Setia, fikirkan kesan terhadap masa depan mereka andai puan terus berputus asa.

Daripada terus termenung, lebih baik puan mulakan langkah merujuk masalah dihadapi kepada pihak yang dapat memberi sokongan. Cari badan bukan kerajaan (NGO) tertentu dalam membantu saudari mendapat sokongan berkaitan guaman.

Mungkin pada mulanya sukar tetapi kuatkan semangat kerana bukan saja puan menghadapi masalah terbabit, ramai wanita mahupun isteri mengalami nasib jauh lebih buruk daripada puan.-hmetro

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top