Ular Sawa Telan Seorang Kanak-Kanak Di Johor?Siapa Yang reka Cerita? | Malam tadi… ada isu yang trending di media sosial negara ini.

Kali ini kecoh kononnya ada seorang kanak-kanak empat tahun ditelan seekor ular sawa di sebuah Felda di Masai, Johor.

Soalnya….. hanya sekeping gambar seperti di atas yang tersebar sebagai bukti kononnya ada kes seumpama itu.

Tak tahulah apa kebenarannya… tapi penulis agak yakin kes itu tidak betul.

Perbincangan dengan rakan-rakan followers Twitter Mynewshub juga gagal memperlihatkan sebarang petunjuk kepada kebenaran kejadian itu.

Siap ada komen di Twitter …“aku dah tengok gambar ni semalam…apasal baru hari ni dia makan”.

Dan kalau benar, sudah tentu lebih banyak gambar dan berita kejadian kecoh di semua media-media utama di negara ini malam tadi lagi.

Malah, kalau melibatkan manusia ditelan ular…media-media asing pun akan berlumba-lumba melaporkan kejadian berkenaan.

Ini kerana ia memiliki nilai berita human interest yang tinggi kepada sesiapa sahaja di mana jua.

Disebabkan berita itu hampir pasti tidak betul…maka soalnya kini…siapa yang gatal tangan sebarkan gambar dengan berita seumpama itu mula-mula sekali?

Dapat faedah apa?

(Kalau berita ni betul… penulis perlu cari jalan untuk cover malu esok… tapi 99.99 peratus rasanya ini temberang…)


Posting Komentar

  1. abis dia telan ape tu?

    BalasHapus
  2. saya ada dapat gambar ni dan sekeping lg gmbr lain..
    gambar lg 1 tu menunjukkan prut ular itu sudah di belah, dan menunjukkan kanak2 tersebut..

    jadi tak tahu la betul or tidak... jikalau betul, takziah buat keluarga mangsa.. kalau tidak betul, selepas ni sesiapa yg ingin menyebarkan berita, perlu berhati2 dan fikir dahulu sebelum mnyebarkan kpd umum.... :)

    BalasHapus
  3. 2, 3 tahun lepas pun dah keluar gambar ni, sawa telan babi

    BalasHapus
  4. ini dekat india lah..nampak tak seluar orang kat belakang tuh.tu kan seluar inspektor sahab..yang dia makan tu tak tau lah apa..huhuhu

    BalasHapus
  5. ne citer sbnrnye...http://234pulse.com/2013/06/12/horror-giant-snake-swallow-up-a-woman-in-south-africa-photos/

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top