Tiada Kaitan Isu Agama Berhubung Kontroversi Kahwin Aeril Zafrel
Tiada Kaitan Isu Agama Berhubung Kontroversi Kahwin Aeril Zafrel | KUALA LUMPUR : Pelakon Aeril Zafrel memberitahu, kenyataannya selama ini yang menggunakan agama bukan untuk dilihat seperti ‘budak baik’ semata-mata untuk menyembunyikan isu perkahwinan rahsianya dengan aktres Wawa Zainal.
Aeril atau nama sebenarnya Suharil Suhari, 25, berkata, menjadi perkara normal untuk dia menyelitkan unsur-unsur keagamaan dalam kehidupan seharian dan berharap tiada pihak yang salah sangka.
"Saya tidak pernah menggunakan agama atau ayat suci al-Quran untuk mempertahankan diri dalam satu-satu hal. Bagaimanapun menjadi perkara normal untuk mengaitkan hal agama dalam perbualan kita.
"Kadang-kadang apabila berborak dengan kawan-kawan pun saya bercakap mengaitkan agama," tegasnya yang ditemui di set penggambaran telefilem Kecoh Kuih Semperit di Tasik Ampang Hilir di sini pada Selasa.
Pada Ahad lalu sebuah akhbar menyiarkan laporan eksklusif kononnya Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 22, pada 4 Februari lalu secara senyap.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikatakan telah mendapat anak iaitu Ahmad Fakharuddin Attar yang lahir pada 24 Ogos lalu. Sebelum ini Wawa dikatakan pulang ke negeri kelahirannya di Sabah untuk berubat kononnya terkena buatan orang.
Ketika ditemui media pada Selasa, Aeril bersikap terbuka memberi kerjasama untuk menjawab pelbagai soalan selepas gagal dihubungi sebelum ini.
Sementara itu, Aeril mendakwa kontroversi berkenaan merupakan satu strategi yang dilakukan pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkannya namun dia enggan mendedahkan siapakah individu berkenaan.
"Perkara ini timbul kerana ia adalah satu strategi untuk menjatuhkan saya dan sekarang ini saya ada hak untuk berdiam diri. Perkara ini impaknya besar kerana ia menjatuhkan maruah saya.
"Tiada istilah saya mahu lari daripada semua. Kata Imam Syafie; Berkatalah apabila kamu yakin dan jika kamu ragu-ragu maka kau berdiamlah.
"Biarlah saya bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan dengan tenang pada Jumaat ini," tuturnya.
Ditanya adakah sesebuah perkahwinan itu terlalu peribadi untuk disahkan Aeril berkata, Tuhan mahu menguji imannya sama ada dia seorang yang reda ataupun pemarah.
"Untuk beberapa hari ini biarlah semua orang tertanya-tanya. Sama ada orang mahu mencaci dan membenci, biarlah saya hadapinya. Mungkin ada hikmah di sebaliknya," ujar Aeril.-mstar
apa yang dia pusing2 ni.. orang tanya dia kawen ke tak, ada anak ke tak.. dia hanya perlu cakap yes or no
BalasHapusDye blom brsedia lntk dye ar...
BalasHapus