KEJAM! Nenek Teruk Dibelasah Oleh PerompakKOTA TINGGI - Seorang warga emas di Felda Sungai Mas disini bukan sahaja patah hidung malah turut mengalami kecederaan teruk di muka akibat dibelasah ketika dirompak di kediamannya di sini Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, Misnah Sahuri, 62 dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi selepas kejadian malang tersebut disedari suaminya Mohd Sani Mistar,62 yang berpatah balik ke rumah ketika itu.

Mohd Sani ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai mandur di kebun tiada di rumah kerana telah keluar kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun katanya, dia kembali semula ke rumah kira-kira jam 8 pagi untuk mengambil barangnyaw  yang tertinggal sebelum terlihat isterinya yang terbaring di lantai berlumuran darah.

“Selalunya jika saya keluar kerja saya tidak akan balik ke rumah sebelum siap kerja namun pada hari itu kebetulan ada barang saya tertinggal di rumah lalu saya berpatah balik.

“Ketika sampai di pekarangan rumah, saya ada melihat sebuah motosikal namun saya tidak syak apa-apa kerana menyangka rakan isteri datang ke rumah.

“Malah saya juga sempat menegur pemiliknya namun pemiliknya yang kelihatan panik terus menghidupkan enjin lalu terus memecut," katanya.

Kata Mohd Sani, curiga dengan keadaan itu, dia memanggil isterinya namun tiada sahutan malah pintu rumah juga tertutup.

"Sebaik sahaja saya melihat ke dalam rumah isteri sudah terbaring dengan berlumuran darah. Ketika itu barulah saya sedar isteri telah dirompak,” kata bapa kepada empat anak itu.

Katanya, dia juga tidak menyangka perompak tersebut yang dipercayai seorang wanita tergamak memukul isterinya sebegitu rupa malah berani melakukan kenayah tersebut pada siang hari.

Tambah Mohd Sani, isterinya yang pada awalnya dirawat di Hospital Kota Tinggi telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kerana disyaki mengalami darah beku di bahagian kepalanya bagaimanapun keadaannya kini sudah stabil.

“Sebelum ini kira-kira lima tahun yang lalu rumah kami pernah dimasuki perompak, namun ketika itu kami hanya diikat. Tidak sangka kejadian sama akan berulang lagi namun kali ini lebih parah.

“Sebagai langkah keselamatan saya juga telah berbincang dengan anak-anak dan meminta salah seorang daripada mereka tinggal bersama kami,” katanya lagi.

Berikutan kejadian itu, dia juga telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top