K-POP 'Satu Pembaziran' - Zed ZaidiKEMARAHAN Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berhubung bayaran kemasukan artis Korea pada Perhimpunan Sejuta Belia, pada tahun lalu ternyata berasas.

Pernah mempertikaikan jumlah bayaran hampir RM2 juta hanya untuk persembahan tiga kumpulan K-Pop (U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet), Zed akhirnya terpaksa 'menutup mata' setelah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada ketika itu memaklumkan ada penaja yang menanggung perbelanjaan mereka ke sini.  

Bagaimanapun, laporan Ketua Audit Negara 2012, kelmarin, yang mendedahkan perbelanjaan itu sebenarnya ditanggung kerajaan dengan kos RM1.6 juta hanya untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop itu ternyata mengejutkan industri seni.

Menurut Zed, tindakannya itu ternyata berasas apabila sudah terang lagi bersuluh ia adalah satu pembaziran dalam program berkenaan.

“Bayangkan dengan peruntukan RM1.6 juta, KBS ketika itu boleh membayar kepada kita-kira 1 juta artis Malaysia.

Malah peruntukan RM1,000 untuk penyanyi solo dan RM3,000 untuk berkumpulan untuk artis tempatan juga boleh dinaikkan jika mereka ada peruntukan sebanyak itu.

“Ketika saya mempertikaikan dahulu, wakil KBS beri alasan tindakan mereka bawa artis Korea adalah untuk menarik belia dari kaum Cina. Tapi pada saya, mereka sepatutnya mempertaruhkan artis Cina tempatan untuk persembahan, apatah lagi, artis Korea bukannya membawa budaya yang elok.

“Malah, sepatutnya kerajaan sendiri mengutamakan artis Malaysia dan saya sokong tindakan KBS yang sudah memansuhkan kemasukan artis Korea dalam program belia selepas ini,” ujarnya kepada Zass.

Zed berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) sepatutnya boleh mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai kerajaan yang didapati membelanjakan wang lebih daripada yang sepatutnya.

Menurutnya, ia bagi mengelakkan pembaziran dan bagi industri seni sendiri, ia dapat membantu lagi memperkembangkan industri dan membela nasib artis tempatan.

“Saya sokong keberanian Khairy (Khairy Jamaludin)  yang berani mendedahkan masalah dalam kementeriannya sekarang dan bertanggungjawab dengan perbelanjaan sebanyak itu biarpun pada ketika itu dia belum  lagi menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Sebagai menteri, beliau telus dalam menjalankan kerjanya dan ketua sebeginilah yang kita mahukan sekarang,” jelasnya.-sinar harian

Posting Komentar

  1. Seriously, apa faedahnya tengok konsert K-Pop kalau diorang sebar budaya yg tidak elok kepada Malaysia apatah lagi yg ini, RM1.6 juta untuk 3 penyanyi berkumpulan K-Pop! Lebih baik labur kepada artis tempatan, pertandingan ataupun kerja amal... barulah jati belia.

    BalasHapus
  2. bayaq sabsidi kn bgus... xla rega mintak naik.. ni suma barang naik nk cover 1.6 tu blik...

    BalasHapus
  3. appa pulak kena bayar kat artis..xmasuk akal..rayat miskin lebih ramai berbanding artis..patut utamakan lah rakyat..diorg lebih memerlukan..artis buat ape..harta dah banyak..

    BalasHapus
  4. artis Korea bukannya membawa budaya yang elok....
    emmmm....artis malaysia elok ke???

    BalasHapus
  5. tanya utusan ! dlm utusan ada ruang tuk promo artis korea

    BalasHapus
  6. baik bagi duet kat rakyat yang susah .. bagi artis malaysia buat apeII .. diaorang dah bnyk harte kott .. lagipun , ape salahnye bwk artis kpop ....

    BalasHapus
  7. artis malaysia lagi la bad influence dengan rakyat malaysia..tak habis2 dengan "KL Gangster" diorg.. -_- ...budak2 skrg pun dah terikut-ikut...

    BalasHapus
  8. Artis Malaysia mcm elok sgt? Kurang2 artis korea tu mmg kafir. Artis malaysia? Islam tpi mcm selam. Peha tunjuk jugak kat org ramai. Kecoh lah. Kpopper tk kacau pun korang kan?

    BalasHapus
  9. knapa salahkan kpop..artis malaysia ni bawak pengaruh yang baik sangat la..artis malaysia lagi teruk dari artis korea...saya sokong kenyataan yang kat atas tu..diorang kafir xpe la buat macam tu tapi artis kita ni islam tapi perwatakan dan kelakuan lebih dasyat dari artis korea...kurang2 dia orang still ada manner..

    BalasHapus
  10. sori to say r.mmndgkn sye pmnt kpop,ni sye nk tnye.kalo bwk artis tmptn skal5 pown,agk2 hari belia akn dtg nnty,dowg nk dtg ke?lgipown,spe yg ckp artis korea bwk pengaruh x elok?abes,artis m'sia bgos sngt ke?bdk2 rmje dh mkn terok skrg ni,ade ke owg ckp ni pengaruh budaye korea?pk r sket.....

    BalasHapus
  11. Once again, menyalahkan artis luar. At least artis kpop itu menegaskan budaya sopan mereka apabila off stage. Kalo nk ckp bwk perangai buruk, orng kita artis/ tak pun ad jugak buruk baiknya. jgn nk asyik tuding jari pada orang lain kalau kita sendiri pun serba kurang. Kita kene balance sikap patriotik n open minded kita. Negara kita juga kaya dgn budaya sama mcm negara Korea tu..
    Saya akui ad jugak budaya pakaian artis Kpop itu mmg terdedah tp itu krn ia mengikut demand pemint mereka..Lagipun kalau nk ckp pasal budaya pakaian, sy seuju dgn komen diatas.. Rakyat Malaysia juga ada yang berpakaian begitu dan pengaruh nya juga bukan shj dtng dr Kpop tetapi budaya barat.. Jangan lupa itu..

    Kenapa kita nak kutuk negara korea yg merupakan salah satu negara Asia tp kita worship negara Barat yg sbnrnya lagi teruk pengaruhnya? Takde bende yang sempurna dlm dunia ni.. Mereka dh trng2 dilahirkn kafir mmglah begitu budayanya..
    Bab kutuk mengutuk ni.. semua ada minat masing2.. Everyone got their own taste on music and unless you want them to judge the songs or artist tht u like, please respect other's opinion and jgnlah pakai tuding jari pada orang lain..

    Mengenai Artis Tempatan vs Artis Korea..
    Artis korea/.artis Malaysia.. all ada yang bagus dan yang x bagus. Ada je Artis Korea yang menyanyi sehebat Siri Nurhaliza, bezanya x semua faham apa yg mereka nyanyi. Kita kn mahukn negara Malaysia dikenali di mata dunia sbgi Malaysia yang unik, tp step pertama utk maju adalah tengok bagaimana budaya lain. Amik yang bagus n avoid yang buruk. baik buruk utk semua orng lain..

    Situasinya sama mcm program pertukaran pelajar antara satu negara ke negara lain. Kita hntr pelajar Malaysia ke luar n mereka hntr pelajar mereka ke sini..kita masing2 mempelajari budaya lain. Tak salah amik tahu. Xdelah digelakkan atau diperbodohkan bila kita dapat peluang untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya pun nk membawa nama Malaysia ke mata dunia.. tp kene sedar.. Nak mencipta nama harus bermula dari bwh n maju keatas, dikenali, dihormati dan disegani oleh negara2 lain.
    Malah orang barat pun hormat pd negara Jepun & Korea.. Why? sbb walaupun artis Kpop mereka menari dgn style mereka yg seksi ttp bila mereka melawati negara2 tersebut, mereka didedahkan dgn budaya negara smpikan mereka terpesona dgn budaya tersebut. Malaysian sume pun mesti ada cita2 utk jadi begitu kn? Sure, negara Korea x sama mcm Malaysia.. sbb negara kita ada keistimewaan sendiri..

    So.. dont be too close minded. Kita boleh jadi moden tp masih memelihara budaya kita sbg orang Malaysia. Jadilah mcm JinnnyBoy(cari nama mereka di Youtube) n tgk bagaimana usaha mereka memperkenalkan Malaysia ke mata dunia.. Ramai orang asing menonton video mereka n memuji negara kita yang berbilang bangsa tp masih hidup aman.. Mereka moden ttp masih memperkenalkan budaya Malaysia sprti mainan tradisional, sekolah di Malaysia dan sebagainya.. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia bila menonton video2 mereka.

    Apapun.. itu hanya pendapat saya. saya bukan belajar tinggi..saya hanya seorang manusia biasa.yang lahir dan tinggal di Malaysia.. Saya bangga jadi rakyat Malaysia.. Jadikan budaya kita kebanggaan kita di mata dunia. Setiap orang ada minat berbeza, jgn sbb minat atau hobby berbeza membuatkan kita bergaduh.. saya suka bila tgk Rakyat Malaysia tgk bola di stadium..sebab ada semangat kesatuan disitu bila kita sama2 cheer for the team..Itu shj dr saya.. maaf jika terkasar bahasa.. Ia hanya pendapat ikhlas dari saya sbgi seorang rakyat Malaysia..

    BalasHapus
  12. RM1.6 juta utk HIBURAN??? wow.. hebatla korg ni.. tak sangka snggup berbelanja sbyk tu semata2 utk brhibur. mmang A++. Kl la duit tu digune utk bantu org mskin ke... xpn dguna utk homeless people kt area KL tu kn lg bgus...

    BalasHapus
  13. nmpk sgt ada yg terlalu skng dgn artis korea.. Mmg artis2 malaysia tdk lah baik sgt. Tp drang tdklah seteruk artis2 korea. Sdhlah artis prempuan korea tu pakai pakaian yg mcm tdk cukup kain, lelakinya pula mcm gay.. And pasal wang tu takkan smata2 untuk rakyat ja. Ni lah masalah rakyat skrg tau minta bantuan ja. Tp kalau kerajaan buat silap sikit trus bising2 mcm sial bangang..

    BalasHapus
  14. bagus yg komen sal rakyat tao mintak uh..... so tolak duit gaji ko lr masuk dalam dana subsidi.... kn ke ko xnak brgantung sngat.... puiiih.. da sume 2 cukai dripad duit rakyat, so rolling untuk rakyat lr pulak.. bukan diut najib... bodoh bangang

    BalasHapus
  15. cuba kmu bygkan kalau lah kmu ni artis malaysia.. Tiba2 krajaan mpruntukkan 1.6 juta untuk artis dari negara luar.. Kamu tidak marah? Mmg kalau guna artis tmptn tdk akan 100% menarik minat org ramai dtg. Tp skurang2nya kta cuba. Kta cuba dgn kelebihan artis kta sndiri.and lg satu kalau smpai pggil artis dari korea mmg program yg dianjurkan tu tdk akan berksan spenuhnya sbb org ramai dtg smata2 untuk tgk prsmbhan artis korea tu . Fikirlah jgn smata2 kmu ni peminat k-pop , kmu tindas pula artis negara kta sndiri. Trus trang aku tdk minat artis k-pop ataupun artis malaysia sbb aku bknlah minat sgt dgn dunia hburan ni. Tp apa yg aku tau kalau kta anjur ssuatu program or acara gunalah artis kta sndiri . Fikir2kan lah trutama pminat trbesar k-pop tu.

    BalasHapus
  16. hello..bukan nak tindas artis negara sendiri..but come on..we all do love Malaysia..masalahnya sekarang nie..tak salah kan kerajaan dengar suara belia yang lebih ramai meminati kpop..believe it or not..memang itu la yang di minati oleh belia pada hari ini..

    BalasHapus
  17. dah si zed zaidi ni saja nak buat kecoh..kpop pun kena sekali..adeh~ closed minded punya org..sejak dia pegang jawatan president seniman Malaysia, habis huru-hara dia buat industri musik negara..saja nak api2 artis Malaysia supaya tak puas hati dengan artis luar..jangan kan kpop..artis yang dah berhijrah ke Malaysia pun dia cari hal...tengok la kes Maya Karin dan Aaron Aziz..tak pernah puas hati jantan ni dengan orang lain..dengki la tu..yelah..dia keluar berlakon pun paling2 jadi perogol je..hihihihi :P

    BalasHapus
  18. Ntah pepew laa...kpop or not..yang jadi isu sekarang bkan psal uh..Tapi pasal duit.Nak cuba tegakkan benang basah pun tak guna. Ketua audit negara pun da cakap uh perbelanjaan sia-sia. Nak tegakkan ape lagi?

    ## Duit bnyak cm uh baik salur tampung subsidi minyak. Ade gak faedah. Manusia manusia...Nasib ko laa pemimpin, tangunjawab berat. Jawab laaa ko at akhirat..=.=

    BalasHapus
  19. salam.. hmmph.. ntahla..nk ckp artis malaysia nih sumer xelok?? lao yg ditaja tuh irma hasmie,, wardina,,siti nurhaliza,, sheila rusly,, fiza elite,, adam af,, yassin berserta ahli2 kumpulan-kumpulan nasyid yg lain?? agak2 diorang nih bwak pengaroh x elok ke?? and lao sumer org2 yg dinyatakn kt ats tdi tuh buat konsert..


    agak2 anak2 muda yg KPOPPERS LA SNGATT NIH hadap ke nk pegi?? heh,, tolonglah,, jangan harap.. budak2 skrg mane suke tgok bnde2 amal n dengar konsert2 bersifat islamik nih.. sumenyer suker sngt tgokk artis2 kpop depa lao laki tuh bercium mulot dpan org ramai ntok menunjukkan kasih syg la kononnya!! lao pmpuan usah ckpla.. skirt lao bleh nk pkai underwear yg g-string tuh jep.. xberbaju.. cmtuh ke yg diktakan pengaruh yg elok??comeon la.. bende2 cmnih dh bese dibace flow dy.. lao ade pon mgkin budak2 sekolah agama.. budak2 tahfiz tuh..


    and sikit2 je la yg btol2 minat program2 amal nih.. duit jngn risaolalao dpt kt artis2 mcm yg disebutkan kt atas nih.. nk wat amal mestilah duit tuh di salurkan ke tempat yg sepatotnya.. sopikirlah betol2... peringatan untok diri sendiri jgak... lao ade yg terase.. ambik je la.. pedulik ape.. sape mkn cili dia la rasa pedas!! baik terasa skrg.. drpda dok biar ntah sampe bila nk betolkan ntah la.. :D

    sekian wassalam..

    BalasHapus
  20. Tak kisah lah artis k pop ke atau artis tempatan ke atau artis lolipop, yg penting nya perkara asas iaitu pembelanjaan 1.6 juta tu. Adakah objektif nya tercapai selain dr pembaziran duit negara @ duit rakyat. Pakej ni turut membawa budaya asing yg tentu tak sesuai dgn kita, pergaulan para remaja semasa dan selepas konsert. Byk buruk dari baik.....

    BalasHapus
  21. Assalam, Sebaik2nya guna duit tu utk perbanyakkan lagi rancangan berilmiah utk dekatkan semula kita2 ni kepada ALLAH. Kenapa nak komen itu ini pasal artis2 malaysia, artis kpop dll? sekarang ni dah akhir zaman, sepatutnya kita sedar diri, check diri masing2. Camne hubungan kita dengan ALLAH. Berapa banyak cinta, sayang, rindu dan minat kita pada junjungan besar RasuLULLAH saw , berbanding kita dok cerita dan banding2kan artis2 luar dengan artis tempatan. Kita selalu kutuk2 artis, tapi diri kita ni baik sangat ke?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Sorry to say.artis mmg la x baik
      X kan nak puji kot?saudara sokong ke org perempuan menyanyi khalayak ramai,buka aurat,campur laki pompuan.hadis pun byk sebut ttg hiburan kan?bukan cari salah
      Tp ia sebgai contoh kemaksiatan yg Allah murkai.

      Hapus
  22. pda pendapt aq la kan zed zaidi pon bangang gak ta pkir n tgk ke dulu sblum komen... dye kate korea bwak pngaruh buruk... ape yg buruknyer aq ta taw... dye ta tgk kbs world kot... ye diorg kuat minum soju... ye diorg pakai seksi.... ye boys diorg nmpk mcm gay sb suka fesyen n jga kulit... so what rakyat malaysia pon taw pkir la mne haram mne halal mne elok mne ta elok... soju tu haram sb air tapai ade ke remaja kite minum . xde kn... pakai seksi tu hak msing2 even bini zed zaidi pon seksi kemain mngacara 8tv... great kn... ta menoleh lgsung wat komen... aq juga kpopers xp ade aq pkai skirt paras peha... pakai bju nmpk kopek,,,, aq still pkai yg menutup aurat lgi... nmun ape yg aq ske psal kpop ialah budaya mnghormat org itu... budi bhasa diorg... what they called MANNER... ta slah byar mahal persembahan diorg asal puas hati... penyanyi malaysia skit je yg bgus yg laen tu haprak... sore ta sdap... hrap muke je... lgu plak asyik ciplak lgu org xde idea sndri... so zed zaidi pkir la yerk....

    BalasHapus
  23. ADUH .... GILA KBS KEBASDUIT RAKYAT ,1.6 JUTA LEBUR. SHABERY CHEEK PUNYA HAL NI. KAT KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN PENERANGAN PUN DIA DAH MULA BUAT HAL. BABI PUNYA MULUT BERBUIH.

    BalasHapus
  24. Kejar la hiburan byk2.mcm mana nal berkat
    Makin lama makin jauh dgn Allah.Amalan tunggang langgang.Majlis maksiat sampai berjuta habis.Nak tunggu tsunami kot,baru nal insaf.

    BalasHapus
  25. Ale bendalah ni pun atas arahan YBM Menteri ketika..asal pula nk salah penjawat awam..salahkan menteri le...knp x berani ke...yg korjo gomen ni dh ade tagline...symp...so hadapkan le menteri yg spttnye...duit den bortingkek tingkek...

    BalasHapus
  26. aq setuju tu mmg membazir dan dia org korea handsome ngan cntk tu pon sebab bedah plastik

    BalasHapus
  27. Dengan satu klik je, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen.. tapi camne nyer??
    klik je x rugi pn..jom ramai2..
    Fast action, fast result :)

    BalasHapus
  28. nmpk sgt la ko ni mmg gila jawatan.. trlampau campur aduk politik ngan seni ni.. ish2.. minat tu hak masing2... kami p konsert pun guna duit kami sndri..sibuk je dia ni tau..

    BalasHapus
  29. kenapa sanggup bazirkan duit 1.6 juta untuk hiburan? Banyak benda lain lagi boleh buat pada belia duit sebanyak itu. Pembangunan Insan misalnya. Hidup asyik nak berhibur aje. Keruntuhan akhlak anak-anak kita makin menjadi-jadi. kenapa tidak usahakan ke arah membaikpulih anak-anak harapan negara ni.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top