Jawab Soalan PMR Dalam Wad Selepas Bersalin | KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya  dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini  memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.-sinar harian

Posting Komentar

  1. taubat nasuha dik...blum tlmbt p jgn buat lg belajar dr kesilapan....jgn tmkn pujuk rayu lelaki..

    BalasHapus
  2. Jgn pcaya dgn org wlu pn saudara sndri

    BalasHapus
  3. Kasihan budak2 tak tahu apa2.... mak bapak tau marah anakjer didik nya tidak 15 tahun senang terpikat dengan lelaki. kasihan sangat.... SEMUA NI SALAH FILEM2 CINTA BODOH ANJING SAMPAI BUDAK2 TERIKUT2 FILEM MELAYU NAK TIRU BUDAYA BARAT NI LA AKIBAT SAMPAH PUNYA PEMBUAT FILEM o0o anjing bodoh.

    BalasHapus
  4. kesiannya apalah nak jadi dgn bdk sekarang

    BalasHapus
  5. sabar la.. pasti ada hikmah di sebalik semua yg jadi..

    BalasHapus
  6. Insaf dik..jg ank tu baik2,jgn ulang kslapan lalu..

    BalasHapus
  7. Kuatnya budak ni.kagum.semoga dia berjaya.

    BalasHapus
  8. harap anda dapat pengajaran dari kisah ini

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top