“Abah, nak 10 ringgit” kita mesti biasa buat ayat ni kan? Abah, Abi, Bapak, Papa, Ayah, Baba.. walaupun panggilannya berbeza tapi untuk orang yang sama. Seorang lelaki yang sedaya upaya mencari nafkah dalam membesarkan anak-anaknya. Jarang sekali kita bicara hal ayah.

Orang garang, bercakap bila perlu dan kurang menunjukkan kasih sayang. Mungkin ini alasan bila ditanya kenapa kita kelihatan kurang mesra dangan ayah tapi PERCAYALAH apa yang kita nampak dari segi zahir berbeza dengan batinnya. Jauh disudut hati seorang ayah ini, amat menyayangi anak-anak. Cuma mungkin dia tak pandai menunjukkan kasih sayangnya.

Seorang yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan segala makan dan pakai kita. Jarang sekali kita cuba menyelongkar akan kepayahan seorang insan yang dipanggil ayah ini. Mungkin kita kenyang diwaktu dia sedang lapar. Pernah tak kita fikir betapa susahnya seorang ayah berkerja keras dari pagi sampai ke petang dan hasilnya diberi kepada anak-anaknya. Benar, itu adalah tanggungjawab tapi sejauh manakah kita bersyukur bila dikurniakan seorang ayah yang bertanggungjawab??

Demi melihat anak-anaknya berjaya dan sentiasa merasa gembira, banyak sangat keringat si ayah perlu korbankan. Apa yang dibenak fikirannya ialah “Biarlah aku kerja susah, janji anak-anak aku tidak berlapar”.

Begitulah nilai kasih sayang seorang ayah. Jadi pada mereka yang masih ada ayah, hargailah dan gembirakanlah hati mereka.. TAK TERBALAS SETITIK PELUH AYAH dalam membesarkan kita…

Posting Komentar

  1. Selalunya para ibu selalu disanjung tetapi para ayah jarang disebut, sedangkan seorang ayah juga memainkan peranan penting kepada sesebuah keluarga itu. Namun begitu ramai yang terlepas pandang. Namun sebenarnya nilai kasih seorang ayah kepada anak-anaknya juga tidak ternilai. I love you dad!

    BalasHapus
  2. Sikit pun saya xpernah kisah psl papa sy..sebab bkn die yg membanting tulang membesarkan saya...kerja die hanya menghabiskan harta mak saya dan tinggalkan kami di kaki lima...biar berlapar..biar berhujan, biar berpanas..so sikit pn sy xtersentuh psl tnggjwb papa sy..tapi sy selalu mengingatkan diri supaya tidak terlalu berdendam...sbb bkn semua para ayah yg tidak bertanggungjawab..Alhamdulillah..sy dapat suami yg sgt2 bertanggungjwb..dan sy yakin akan takdir yg Allah tentukan utk hidup saya..:-)

    BalasHapus
  3. Dengan satu klik je, anda akan dibayar RM0.15, semakin banyak klik anda dapat, semakin banyak komisyen.. tapi camne nyer??
    klik je x rugi pn..jom ramai2..
    Fast action, fast result :)
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=yuliatimy

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top