Fasha Sandha Sakit Hati Dianggap Gemuk | Lumrah wanita inginkan badan yang cantik dan langsing. Terutamanya bagi seorang artis dan selebriti yang sering bersua dengan ramai orang. Fasha Sandha suatu nama yang cukup dikenali dengan imej seksi dan potongan badan yang menarik ketika usia remajanya agak terguris apabila ada individu menganggapnya gemuk.

Berat badan Fasha meningkat dengan jayanya bermula sejak dia mengandungkan anak pertamanya Putera Rayfal hasil dari penikahannya dengan Rizal Ashram pada April tahun lalu. Meskipun dia sudah pun selamat bersalin hampir 6 bulan lepas Fasha masih belum berjaya mendapatkan berat badannya yang asal.

Menurut Fasha, selepas menerima teguran sinis yang menegur bentuk badannya, dia mula mendapatkan rawatan dari pusat pelansingan badan Slimworld dan sudah mula memantau pengambilan makanan dengan penuh disiplin. Malah Fasha kini turut dilantik sebagai duta jenama Slimworld setanding dengan Erra Fazira dan Ziana Zain.

    “Dua bulan lepas saya bersalin, ada orang tegur ‘Eh Fasha, You nampak berisi ye’. Bagi saya, tak perlulah dia cakap macam tu sebab saya tahu saya gemuk. Apatah lagi saya baru lepas bersalin secara pembedahan, biasalah bila berat badan naik.

    “Sakit hati tu memang ada, tapi apa yang kita boleh buat kan? Mulut orang memang tak boleh ditutup, jadi saya diamkan sahaja.

    “Beberapa bulan selepas saya habis tempoh berpantang, saya terus dapatkan rawatan di Slimworld. Dengan bantuan pakar, saya mul”a kawal pengambilan makanan dan berdiet.

    “Sebenarnya, Slimworld dah lamar saya untuk menjadi duta sejak usia kandungan saya 3 bulan lagi. Bila saya betul-betul yakin dengan keberkesanan rawatan yang diberikan, barulah saya terima lamaran mereka baru-baru ini.” jelas Fasha.


Setelah menerima rawatan beberapa bulan dan disertakan diet yang seimbang, Fasha berjaya mengurangkan berat badannya dari 78kg kepada 58kg. Walaubagaimana pun dia masih lagi mencuba untuk menurunkan berat badannya untuk mencapai bentuk badan yang sempurna.-ohartis

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top