Diana Amir - Cukuplah Dengan Al-Quran Dan Cincin (2 GAMBAR)
Diana Amir - Cukuplah Dengan Al-Quran Dan Cincin (2 GAMBAR) | Alhamdulillah. Sikap Diana Amir sebegini seharusnya dicontohi oleh para wanita yang ingin berkahwin kelak. Bukan ingin memuji lebih-lebih, namun sangat jarang untuk menemui wanita yang hanya mahukan senaskhah Al-Quran dan cincin pernikahan sahaja sebagai barang hantaran perkahwinan.
Diana Amir dan tunangnya, Habib bakal menamatkan zaman bujang masing-masing pada hari Jumaat ini. Majlis pernikahan akan dilakukan secara sederhana sahaja. Kata Diana Amir:-
Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami…. dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami
Di kala keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini, langkah Diana Amir yang tidak membebankan bakal suaminya sememangnya satu sikap yang terpuji. Perkahwinan bukan kena berhabis ketika majlis sahaja. Tempoh yang harus ditempuhi selepas pernikahan itu lebih penting. Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Diana Amir dan Habib pada hari Jumaat ini.
subhanallah <3 akak diana :) sweetnyaa . semoga bahagia hingga jannah kak . Allahumma Ameen :)
BalasHapusAlhamdulillah....utamakn ibadat dr adat yg tidak2 dan membebankn...
BalasHapus