Cuepacs Tidak Berpuas Hati Soal Bonus | Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kecewa dengan bonus setengah bulan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2014 yang diumumkan petang tadi.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pihaknya menuntut bonus sebanyak dua bulan, tetapi Najib memberi bonus setengah bulan.

“Kita tidak berpuas hati kerana penjawat awam bergantung kepada bonus setiap tahun kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk persekolahan dan perayaan.

Azih berkata, bonus adalah pengiktirafan kepada penjawat awam kerana banyak memberi sumbangan dalam melaksanakan perkhidmatan kepada kerajaan.

Beliau berkata, Cuepacs mengakui pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen yang berkuatkuasa esok bakal menjejaskan penjawat awam kerana ia menyebabkan pertambahan kos sara hidup rakyat, ditambah lagi dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kenaikan harga makanan pasti berlaku, bukan sahaja kepada penjawat awam tetapi semua rakyat turut merasai kesannya terutama kerana kenaikan harga gula ini. Ini belum termasuk GST yang kita tidak tahu lagi impaknya kepada rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Cuepacs memuji kerajaan kerana memberi tambahan kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dari RM500 kepada RM650.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Cuepacs menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Azih berkata, pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.

Pembentangan Bajet 2014 oleh Najib sebentar tadi antaranya menyaksikan rakyat bakal berdepan dengan cukai GST bermula 1 April 2015 sebanyak 6 peratus, kenaikan harga gula berkuatkuasa esok dan BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450. – The Malaysian Insider.

Posting Komentar

  1. saya sangat setuju,belanjawan semalan adalah belanjawan orang gila,yang untung orang yang bergaji besar,mana yang nak kaji elaun2?gula naik tak kan elaun tak naik,lepas ni penjawat awam bawahan makan taik la jawabnya,mana janji nak naikkan gred pembantu am pejabat?saya harap ceupacs himpun golongan sokongan 1 juta kita mengamuk di putrajaya.

    BalasHapus
  2. Alahai...semua nak bg penjawat awam?cermin diri sikit..bersyukurlah..kalau prestasi kerja makin baik..perkhidmatan kerajaan semakin lancar..boleh lah nak minta lebih2..kalau setakat subsidi gula dah xde..ingat kakitangan awam saja yg tanggung..org keje swasta ni pon bkrja keras mmbangunkan ekonomi negara ok!

    BalasHapus
    Balasan
    1. Betul2.. Asal pe ckit utk pnjawat awam. Hbis yg swasta ni x beri pe2 ke utk economy negara.. ???

      Hapus
    2. Pergi minta kat bos syarikat kau le....itu pon tak bleh pikir ke....

      Hapus
    3. Cube swastakan polis ngan askar nak tengok jadi ape....pikir pakai otak sblum tulis....takkan keja nelayan mcm aku nak minta bonus ngan kerajaan.....otak2....

      Hapus
  3. kami perkerja swasta xde ke bonus????huhuhu.. kos sara hidup dah bertambah...

    BalasHapus
  4. Takkan najib nak memandai suruh bos korang bagi bonus...e2 tak de kaitan ngan krajaan ngok...pndai2 ktaorngla nak mnta bonus ngn bos...nasib kta la yg kejo swasta

    BalasHapus
  5. Negara pon xde income..lagi mau bonus ka??

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top