BR1M Tidak Perlu Diteruskan - Dr MahathirPETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama. - BERNAMA


sumber= mstar via cari

Posting Komentar

  1. Kerajaan Malaysia pun dah nak berenti kutip cukai / tak mintak dari Rakyat dah.

    BalasHapus
  2. saya rasa ada betulnya apa yg di maksudkan oleh mantan kita..klau selalu di bg brim1 malaysia..alamatnya rakyat akan sentiasa mengharapkan kerajaan dan tidak berusaha sendiri

    BalasHapus
  3. sy stuju! tp minta krajaan trunkan harga minyak dan brng. BR1M tu amiklah blik dan byr utk subsidi minyak, supaya kami x sbgai rkyat x trasa terbeban dgn kos sara diri yg smakin meningkat. klau stakt bbrpa ratus xpe lg, ni every year BR1M makin naik. Yg BR1M pun bknnya dberi scara adil. sy tgk, suami isteri pun ad yg dpt BR1M. Yg gajinya 2k ke atas pun dpt BR1M. wlaupun gaji sy bwh 2k, tp sy x cmburu pun. sbb sy x kisah.

    Tp, ingatlah pda sape yg mmbaca ni. ISLAM mengharmkan RASUAH. Malaysia pun sama. Tak terfikir ke rakyat, kamu mngundi mreka sbb mreka mnjanjikan BR1M kpada kamu, sedar x bahawa itu di anggap RASUAH? yg bragama islam tu mngkin lbih fham, tp x guna klau islam pda nama tp bnda ni pn xtaw. Seharusnya, msa PRU, undi dgn ikhlas. Undi org yg btul2 bleh mminpin. so skrang, jgn nk ungkit, JANJI DI CAPATI, sbb kamu sndiri yg stuju dgn janji tu.

    BalasHapus
  4. jawapannya...4 thn akan dtg...TUKAR!!!!

    BalasHapus
    Balasan
    1. says pak hang..pi cermin muke DSAI tu dlu..

      Hapus
  5. saya rasa benda ni ada betul juga, tapi janganlah sampai bapa kedana baru kita nak beri bantuan. Nanti susah kerana mungkin peratusan org yang miskin meningkat. Jadi BR1M tu kalau nak bagi , mungkin dalam 2 atau 3 tahun sekali... tapi sikit2 sudah lah... kepada yang betul2 tak berkemampuan saja... sepatutnya kita perlu lebih beri perhatian kepada pendapatan rakyat, supaya ianya seimbang... saya cuma beri pendapat... saya tidak kata yang pendapat saya 100% tepat

    BalasHapus
  6. Dulu org kate..siapa pakai kereta..org tu byk duit.tp era skrg ni..knderaan adalah keperluan..segala bntuk bantuan boleh diberhntikan..tapi..segala keperluan harian haruslah diturunkan harga.gaji naik 50 rgt sethun..brg2 naik setiap masa.1 brg naik rm1..jika 10 brg dperlukan 1 hari..berapa kos untk sebln..fikir2 bersama.jgn sembang org kaya..kene fikir sembang org yg tak berkemampuan jugak.

    BalasHapus
  7. ala setakat bantuan 250 bujang dan 500 untuk berkeluarga tak besar mana..2 saat je boleh abisss

    BalasHapus
  8. Yg tu duit rakyat jugak.. Jdikan negara lain sbg contoh.. Bukan sbg pameran.. Thailand wlau pun mnyak mhal tp brg2 murah.. Trun naik brg mengikut pasaran minyak (sekata).Dekat Dubai Camry di jadikan teksi,bermakna cukai tak terlalu tinggi,Negara arab yg lain jalan raya cantik tpi langsung tak dikenakan cukai,negara islam yg lain siap bg peruntukan kepada rakyat supaya pergi haji. Tp negara kita bila minyak trun barang2 tak trun,bila minyak naik barang2 sibuk nak naik.. Mcm tu lah sampai bila2.. Last2 rakyat yg lingkup.. Kerajaan dgn peniaga2 mkin kaya.. Fikir2kanlah..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top