Benarkah Noni AF5 Jalin Hubungan Dengan Fauzi?
Benarkah Noni AF5 Jalin Hubungan Dengan Fauzi? | ENTAH macam mana pula boleh timbul gosip yang menyatakan pelakon, Fauzi Nawawi dan bintang realiti, Noni AF5 bercinta?
Kami sebenarnya kurang percaya akan perkara ini kerana kalau dilihat dari laman Instagram, memang boleh nampak betapa romantisnya dan kerapnya Fauzi meluahkan rasa cinta pada isterinya, Lisdawati.
Mujurlah gosip itu segera ditepis oleh Noni yang segera tampil membuat penjelasan menerusi Harian Metro.
Menurutnya, hubungan mereka rapat hanyalah atas dasar kerja dan tidak lebih dari itu.
“Saya juga ‘anak didik’ Fauzi kerana dia banyak membimbing saya dan memberi pelbagai tip dalam bidang lakonan.”
“Bukan saya saja, malah ramai lagi artis lain yang menimba ilmu lakonan dengannnya seperti Ika Nabella, Reen Rahim, Agnes Wong dan ramai lagi, tapi mengapa saya pula yang digosipkan dengannya?” ujarnya.
Jelas Noni lagi, dia mula mengenali Fauzi sewaktu menyertai program Jezajah Festival Filem Malaysia tahun ini dan pelakon itu menawarkannya untuk berlakon dalam drama arahannya.
Ini kerana dia menganggap Noni memiliki pakej lengkap seorang pelakon.
Bagaimanapun, pertemuannya dengan Fauzi pada waktu itu turut ditemani Lisdawati.
Semoga dengan penjelasan ini, tidak ada lagi pihak yang membuat andaian bukan-bukan mengenai mereka.
Yalah, kalau tak kena caranya, boleh goyang rumahtangga dek perkara yang tak benar. Betul tak?-mynewshub
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda