Wanita Nafi Gila Seks, Anggap Tuduhan Bekas Teman Lelakinya Melampau | “Ia satu penghinaan, tuduhan melampau dan tidak masuk akal,” kata wanita yang didakwa bekas teman lelakinya mempunyai keinginan seksual tinggi kerana melakukan hubungan kelamin sehingga enam kali sehari dengan setiap sesi selama satu jam.

Wanita berumur 29 tahun itu yang mahu dikenali sebagai Madeleine, berkata dakwaan bekas teman lelakinya, warga Bosnia Ervin Ahbabovic, 41, amat menjatuhkan maruahnya kerana ramai memandang serong terhadapnya dan menganggap dia gila seks.

“ Saya tertekan dan malu dengan berita itu, lebih buruk lagi, beberapa rakan perniagaan sudah menarik balik kontrak perjanjian yang ditandatangani sebelum ini, sekali gus menutup periuk nasi keluarga saya,” katanya pada sidang media semalam.

Rabu lalu, Ervin memfailkan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM600,000 di Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap Madeleine dan mendakwa dia dipergunakan bekas teman wanitanya itu.

Dalam penyata tuntutannya, Ervin mendakwa dia dipergunakan Madeleine bagi memperoleh anak lebih baik berbanding sperma warga tempatan atas persepsi genetik orang Eropah mempunyai kualiti tiada tandingan, juga dipandang hebat.

“Saya mempunyai gen yang lebih baik daripada dia. Dia selalu fikir dia sangat hebat,” kata Melanie eksklusif dalam satu temubual eksklusif bersama The Star Online.

Usahawan wanita itu mengakui dia pernah mempunyai hubungan dengan Ervin namun dia tidak pernah mencintai lelaki berkenaan dan “tiada siapa yang akan menyukai lelaki yang kurang cerdik dan berfikiran sempit sepertinya.”

Dia turut mendakwa Ervin menderanya secara fizikal dan emosi selama beberapa tahun.

“Dia pukul saya dan pisahkan saya dengan semua orang hinggalah saya sembuh dan tiada siapa yang dapat melihat kecederaan yang saya alami.

“Dia juga menggunakan telefon saya untuk menghantar mesej kepada dirinya sendiri, hanya untuk menunjuk kepada rakannya, bahawa saya sangat memerlukannya,” katanya lagi.

Melanie mendakwa Ervin juga turut mendera bekas isterinya, sejak mereka berkahwin semula.

“Dia kata bekas isterinya buat sesuatu yang tidak baik terhadapnya. Dia beritahu saya macam-macam cerita dan saya simpati terhadap dia. Saya juga pernah memberi wang dan meminjamkan kereta saya kepadanya.

“Dia dakwa ada masalah psikologi kesan daripada perang di Bosnia. Dia kata dia bekerja dengan agensi perisikan,” kata Melanie.

Menurut Melanie, bekas kekasihnya itu sanggup mencederakan diri sendiri.

Melanie berkata, dia telah cuba beberapa kali memutuskan hubungan dengan lelaki Bosnia berkenaan.

“Saya cuba membuang dirinya daripada hidup saya, namun dia enggan melepaskan saya.

“Dia ugut untuk menghancurkan hidup saya jika saya meninggalkan dia, dan dia telah melakukannya.

“Cuma saya tidak menyangka dia melakukannya dalam tempoh setahun (selepas saya tidak lagi bertemu dengannya,” kata wanita itu.

Melanie menegaskan, dia akhirnya mempunyai kekuatan untuk meninggalkan lelaki tersebut tahun lalu.

“Lelaki ini sama seperti Gargamel (watak dalam The Smurfs. Dia bukanlah ahli sihir yang bijak sebaliknya paling berbahaya,” tambahnya.

Melanie berkata dia tidak membenarkan anaknya berjumpa dengan Ervin dan berkata: “Tiada siapa akan mendedahkan anak lelaki mahupun anak perempuan mereka dengan orang sepertinya.”

“Dia tidak pernah kisah mengenai anak saya mahupun saya. Apa yang dia hendak adalah mencapai kegemilangan selama 15 minit,” kata Melanie.-mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top