Tiada Petanda Akak Akan Pergi - Adik SERDANG – “Arwah kakak langsung tidak menunjukkan sebarang kelainan apabila kami bertemu kelmarin. Tidak sangka dia pergi bersama tiga anaknya dalam keadaan yang cukup memilukan,” kata Abdullah Md Rabi, 28, adik guru agama yang maut bersama tiga anaknya di sini, semalam.

Menurut Abdullah, kakaknya, yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik itu, memang rapat dengannya dan sering berhubung untuk bertanya khabar.

Namun, katanya, dia tidak menyangka panggilan abang ipar (suami arwah) semalam untuk memaklumkan dia kehilangan kakak dan tiga anak saudaranya sekali gus dalam kejadian kemalangan yang berlaku.

“Memang terkejut dapat panggilan abang ipar yang memaklumkan kejadian. Dari tempat kerja saya terus bergegas ke hospital.

“Saya rapat dengan arwah kakak. Dia seorang yang sederhana dalam banyak perkara. Memang kami merasai kehilangan dia dan tiga anaknya yang masih kecil itu,” katanya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top