Terima Padah Selepas Bantu Suami Nodai Anak SendiriPERANCIS – Seorang wanita, yang membantu suaminya merogol anaknya yang berusia empat tahun ketika melawat lelaki tersebut di penjara, telah dikenakan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

Sabrina Bonner, 25, didapati bersalah dengan memegang tangan anak lelakinya itu dan memaksa budak tersebut berlutut di atas kerusi, ketika lelaki itu yang juga bapa tiri budak tersebut merogol kanak-kanak tidak berdosa itu.

Pasangann, Lionel Barthelemy, 31, yang dihukum penjara sejak Ogos 2009 kerana melakukan keganasan, juga dikenakan hukuman sama.

Bonner dan Barthelemy mengakui bersalah atas dakwaan rogol dan serangan seks ke atas budak tersebut, yang kini sudah berusia lapan tahun.

Bonner juga mengaku melakukan serangan seksual ke atas anaknya itu sejak 2009 dan 2010, dan merakamkan kejadian berkenaan dalam telefon.

Memori kad tersebut kemudian diberikan kepada suaminya yang ditahan dalam penjara.

Dia menyerah diri pada 2011, sebelum Barthelemy dijadualkan dibebaskan dari penjara.
“Tindakan Sabrina ini lebih teruk dari binatang,’’ kata pendakwaraya Gilles Delorme ketika membentangkan kes berkenaan di mahkamah.

Pasukan penyiasat juga menemui beg plastik sampah berwarna hitam telah digunakan untuk menutup pintu kaca di bilik lawatan berkenaan.

Kes ini mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan di penjara dan kenapa kakitangan penjara gagal menyekat perbuatan itu, atau mengetahui mengenai kezaliman tersebut ketika wanita itu dan anaknya membuat kunjungan di penjara.-mynewshub

Posting Komentar

  1. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  2. Mak bodo yg xberakal lagi hina..bapak tiri yg bingai lg rakus...dua2 hanya pnye otak tpy tdak berakal.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top