Tahniah! Pelakon Fouziah Gous Sah Bergelar Seorang IsteriPELAKON terkenal, Fouziah Gous selamat diijabkabulkan dengan ahli perniagaan, Md Zhafran Md Yusof dengan sekali lafaz tepat jam 9.42 malam tadi.

Fouziah Gous dan Md Zhafran dinikahkan di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Muhd Sujak Mohd Dasuki dengan mas kahwin RM1,112 beserta hantaran berjumlah RM50,000.

Fouziah menerima tujuh dulang hantaran yang berbalas sembilan.

Pasangan ini bertunang Mei lalu.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 29 September ini di Hotel J.W Marriot, Putrajaya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top