Tahniah! Ayah Johan Akan Masuk Pinang Shila Amzah (3 GAMBAR)
Tahniah! Ayah Johan Akan Masuk Pinang Shila Amzah (3 GAMBAR) | SEBENARNYA hubungan persahabatan antara pelakon Juvana, Johan Ariff Datuk As’ari atau Johan As’ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah sudah terjalin sejak tahun 2010 lagi.
Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah digosipkan bercinta kerana Johan sebelum ini dikatakan bercinta dengan pelakon Nabila Huda.
Sebaliknya Shila pula bercinta dengan pelakon Shahnaaz Ahmad.
Begitupun, baru-baru ini ramai yang membuat andaian mengatakan Johan dan Shila sedang bercinta apabila gambar kedua-duanya bersama ibu masing-masing keluhatan mesra di laman sosial Instagram milik Shila.
Gambar itu dirakamkan tatkala Shila menghadirkan diri ke rumah terbuka Johan.
Tiada salah jika pasangan itu bercinta memandangkan kedua-duanya sudah solo selepas putus dengan pasangan masing-masing namun, baik Shila mahupun Johan sudah memberi jawapan mengatakan mereka tidak bercinta.
Kosmo! yang bersua dengan Johan dan Shila di rumah terbuka syarikat milik Zizan Razak, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. di Subang Jaya, Selangor, turut diberikan jawapan yang sama.
Tetapi dalam kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Johan mahupun Shila, ada cantuman silang kata yang mengatakan mereka rela andai jodoh sudah tertulis untuk mereka berdua.
Bapa Johan sedia meminang Shila
Jika ada yang menganggap Shila sebagai perampas kerana Johan bakal bertunang pada penghujung tahun ini adalah tidak benar.
Ini kerana wanita yang dimaksudkan oleh Johan sebagai bakal tunangnya itu belum lagi ada sebenarnya.
Akui pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun iaitu pada 3 Disember ini.
Luah Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang pada Disember ini.
“Memang saya berhasrat untuk bertunang pada hujung tahun ini sempena usia saya yang sudah menginjak 27 tahun tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri masih belum tahu.
“Jangan salahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana gosip mengatakan kami sedang bercinta.
JOHAN mengatakan, dia tidak terkejut andai kata Shila disunting anak raja kelak.
“Sedangkan wanita yang selama ini dimaksudkan hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat,” jelas Johan yang turut mengakui hubungannya dengan Shila hanya sebagai teman rapat.
Begitupun, Johan mengakui, Shila memiliki empat kriteria wanita yang patut dijadikan isteri iaitu rupa paras yang cantik, berketurunan baik, memiliki harta dan juga pendidikan agama.
Bahkan, ulas Johan, ibu bapanya juga merestui dan pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.
“Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya,” ujarnya.
Mengulas lanjut, seraya merendah diri Johan memberitahu, dia tidak terkejut jika Shila disunting oleh anak raja kerana dia merupakan ikon negara yang berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.
“Saya tidak meletakkan dia (Shila)sebagai calon jodoh, kerana siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa,” ungkap Johan.
Shila terima khabar baik tentang Johan
Sementara itu, dedah Shila, Johan bukan seorang sahaja lelaki yang rapat dengan dirinya sekarang ini.
Sejak putus cinta dengan Shahnaaz, dia mulai memiliki ramai kawan lelaki.
“Semasa kita bercinta dahulu, kita tidak sedar orang di sekeliling. Sebagai public figure perkara tersebut tidak menolong kita dalam industri.
“Sekarang baru saya sedar dan mulai rapat kembali dengan teman-teman dan keluarga,” ungkap Shila penuh makna.
Ujar Shila lanjut, pengalamannya di Shanghai juga banyak memberinya pendedahan dan kematangan dalam hidup.
Bicaranya: “Dalam usia saya yang sudah mencecah 23 tahun ini, saya harus kerja keras untuk mencapai cita-cita. Saya bersyukur dengan penubuhan syarikat saya, Shila Entertainment Berhad pada usia saya yang baru mencecah 23 tahun. Kalau boleh, saya mahu kejar cita-cita menjadi seperti mana yang Datuk Siti Nurhaliza ada sekarang.”
AIDILFITRI WIREFAME
Mengulas mengenai Johan, ungkap Shila, dia dan pemuda itu sekadar teman rapat memandangkan mereka juga dalam lapangan seni yang sama.
Apa yang menjadikan mereka lebih rapat kerana kedua-dua keluarga mengenali antara satu sama lain.
“Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Kami juga sering berjumpa di majlis-majlis hiburan,” jelasnya.
Disoal sejauh mana hubungan rapatnya dengan Johan, kata Shila, dia tidak terlalu mengenali Johan dan tidak tahu sikap sebenar pelakon yang terkenal dengan panggilan Botak itu.
Begitupun, Shila akui, sering menerima khabar baik mengenai Johan melalui teman-temannya.
Ujarnya, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memberitahu, Johan seorang yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.
Meletakkan sasaran tiga tahun lagi untuk berkahwin, bagaimanapun Shila tidak menolak andai jodohnya ditakdirkan cepat.
“Saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika ada sesiapa dalam kalangan teman-teman rapat saya yang masuk meminang dan ibu bapa saya merestuinya, saya menerimanya,” dedah Shila yang kini dilihat lebih bersikap terbuka dalam melontarkan kata-katanya.
Alhmdulilah yg baik akn dipasangkan dgn yg terbaik..rencana Tuhan
BalasHapusSorry klu x silap Johan org Melaka ank D'ato A'saari pernah jdi yb Dun sy rmh pun x jauh dri kediaman kmi....camne org peneng lak ek??
BalasHapusTu la..setahu aku johan nie org melaka..camner leh jd org penang??are u drunk editor??
BalasHapusJohan lahir kat penang la...
BalasHapusNd lala kan nk anak2 dia kawen dgn org kaya. Shila amzah lak anak sulung. Mst harapan dia tinggi. Johan asaari lak anak org kaya.. hnm. Nd lala laa demand sgt.
BalasHapusYelah,sape y xnk b'menantukan anak dato' kan...
BalasHapusYelah,sape y xnk b'menantukan anak dato' kan...
BalasHapussaya doakan kebahagian pasangan ini :)
BalasHapusPasangan yg sgt sepadan tu. Insya allah mudah mudahan..
BalasHapusBtw sya sgt mnat pada johan. Suka tgok dia berlakon. Mcm eman manan la dia.. bersungguh..
Pasangan yg sgt sepadan tu. Insya allah mudah mudahan..
BalasHapusBtw sya sgt mnat pada johan. Suka tgok dia berlakon. Mcm eman manan la dia.. bersungguh..
semoga jodoh kalian berdua kuat & disatukan. org baik jodohnya dgn pasangan yg baik begitu jugak sebaliknya :-)
BalasHapusx kesah sngat dgn gosip2 nie tpi johan nan shila x cocok la , cocok nan shahnaaz ..
BalasHapustrbace yg johan ckp shila ade 4 kriteria..ade 3 yg oke..yg 1 tu mcm x bpe stuju..psl memiliki harta..kalo org tu xde harte,xbole ke kwen ngn org tu?
BalasHapusBukankah dlm islam ada 4 1. Harta 2.
BalasHapusMaksud johan tu bukankah dlm islam menyarankan bila nak buat pilihan kena tengok 1.harta 2.keturunan 3. Cantik 4. Agama, maka pilihlah agamanya
Anak Dato,ke..anak peon ke...korang yg dengki busuk longkang tu watpe? Korang tak laku..dendiam je lahr! Doakan mrk bahagia! Susah tul la hati melayu ni? Memacm korang tohmah? Solat tu check dulu...tulis pun dah mcm pena setannn! Isshh...isdhh...iiisshhh... :-P
BalasHapuspoyo lahh.. ari tu wartawan tnya ..bukan main x mgaku..semak je.. sakit pulak hati kite.. artis mmg mcm ni ekk.. -___-
BalasHapussemoge bhagia.. jgnlah kite kutuk2 bnde yg baik..
BalasHapusSharnaaz pon ank org senang tau..try google tgk..ank datuk jgk kalo x silap..
BalasHapusdlm islam ni kita kena b'mohon kbaikkan..aku tgk skrg byk buat dosa free..dh dia nk pilih sape2 tu hak dia la..nk ckp peminat ade hak..tengkorak hampa la wei..hak tu milik allah..klu pminat doalah kbaikan bkn caci@p'pndangan org xde otak..
BalasHapusSaya rasa anda semua slah faham.cuba baca betul2. Diorg kawan jela.mak ayah diorg pon emang da lama rapat.....
BalasHapusKalau dah namanya melayu ..memang susah nak tengok orang lain bahagia ..dah kalau korang tak suka ..jangan komen ..pasal apa yang atas nie betul ..memang kena ada harta ..islam cakap macam tu ..kau nak lawan hukum allah ? Nak tunjuk pailang ? Haha ..think before u speak ...
BalasHapusooo ayh johan ni de title Datuk~
BalasHapusptot la~
Pakcik ND lala takde press nak interview ke? nak jugak dengar komen dia sebab masa dengan sharnaaz dulu kias2 dia tunjuk tak suka.. kali ni nak tgk jugak respond dia.. kalau dia suka, Ada harapan la Si Johan jadi menantu
BalasHapushOT >>BENARKAH PRODUK SEBAMED TIDAK HALAL? JOM BACA
Isu >>PERANGAI PELIK PEGAWAI BANK YANG DI TEMBAK SEBELUM MENINGGAL
tahniah.. best2
BalasHapusMak johan dgn artis senyum lebar..tp dgn org kmpg..hmmm..btw,ayah johan mmg cool..low profile..kami org kmpg, satu sekolah dgn johan, satu kmpung, lebih mengenali kelurga beliau..semoga bahagia selalu..
BalasHapus