Suami Curang Dengan Rakan Isteri (2 GAMBAR)SUNGAI PETANI - Kepulangan isteri ke kampung halaman memberi peluang si suami melakukan adegan 'mesra' bersama kekasih yang juga rakan kepada isterinya.

Malangnya, perbuatan tidak senonoh itu berjaya dihidu orang ramai yang bertindak menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa Pejabat Agama Kuala Muda, sebelum serbuan dijalankan jam 2 pagi baru-baru ini.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah, Zaiferi Zainul Abidin berkata, seorang wanita berusia 20-an warganegara Indonesia ditahan bersama seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai suami kepada rakannya sendiri dalam operasi banteras maksiat itu.

Menurutnya, ketika serbuan, lelaki itu dipercayai sedang leka menghabiskan masa dengan kekasih gelapnya melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel.

“Anggota penguatkuasa menunggu agak lama sebelum pintu dibuka oleh lelaki ini setelah diketuk beberapa kali.

“Kita juga menemui tilam dan beberapa bantal yang sedia diletakkan di hadapan televisyen dipercayai digunakan pasangan tersebut,” katanya.

Zaiferi berkata, wanita terbabit cuba bersembunyi di sebalik pintu dengan hanya memakai pakaian dalam serta berseluar pendek manakala lelaki tersebut hanya memakai seluar paras lutut.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati, isteri lelaki terbabit yang juga rakan kepada kekasihnya turut berasal dari Indonesia dipercayai sudah beberapa hari pulang ke kampung halaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988," katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah, Sheikh Radzi Abd Mutlib mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang berkongsi maklumat bagi membantu membanteras kegiatan maksiat di kawasan masing-masing.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mengetahui atau menyaksikan sebarang kegiatan mencurigakan supaya menghubungi imam, pejabat agama atau agensi berkaitan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian.-sinar harian

Posting Komentar

  1. nilah jais suka.. suk tengok perempun telanjang..serbu tak bagi pompuan pakai baju.. Jabatan agama siok tengok lurah popuan. siap tangkap gambar nak buat stim.. buat dosa jugak.. tengok cam tu.. bodoh jabatan agama

    BalasHapus
    Balasan
    1. Jais x bodoh..kau 2 yg bodoh...tu dah kerja dorang serbu org buat maksiat... bodoh..x pergi sekolah ke....

      Hapus
    2. Bangang...ada ke org beromen pakai jubah telekung semua...bila masa lak sg petani kt selangor? Ni mesti pernah kena tangkap ni..wahahaha

      Hapus
    3. Tau laa lah slh jgn laa amek gambo.dgn keadaan mcm tu

      Hapus
    4. mgkin mrk tpksa ambik gmbr mcm tu sbb utk bukti kes....

      Hapus
  2. Ko ni pown agak bangang..ni kes kat kedah bkn kt slgr..apa kena mengena nan jais..!!..sapa suh wat maksiat..dh tugas dorg..ko ni mst kafir kan..haha

    BalasHapus
  3. JAIS Xbodoh...kau 2 yang bodoh.... itu kerja jais...menyerbu org yg buat maksiat...

    BalasHapus
  4. JAIK (Jabatan Agama Kedah) la kot bkn JAIS(Jabatan Agama Selangor). jgn buat silap!

    BalasHapus
  5. Nanti PAS cakap tu saksi guna kamera, tak boleh diterima laaaaa

    BalasHapus
  6. JAIS?mmg bdk xpnh msuk skola kot.dh keje dorg,ko tu mmg kaki maksiat mmg r ckp cmtu.nauzubillah...

    BalasHapus
  7. maaf la kalau tersilap .. xbole jugak kite mengaibkan keburukan seseorang tu ..sepatotnye gambar2 yang separa lucah mcm nie pihak2 tertentu tu xperlu la upload kan ,,, sekadar renungan :)

    BalasHapus
    Balasan
    1. btol2 . klo ikot kaedah btol kne sruh pmpuan 2 pkai bju dlu .

      Hapus
    2. So true. Walaupun dia salah,tapi kan aib dia tu.

      Hapus
    3. Betul3 ..nie pencegah maksiat..tp mata diorang pun wak maksiat gk..hu hu

      Hapus
  8. Gadoh laa slg mmpu...hahaha

    BalasHapus
  9. Bwk2 besabar k ni satu pegajaran baru mrka berakal..

    BalasHapus
  10. kasi rejam lah haha

    BalasHapus
  11. Yg buat keje tu dpt dosa free jgk...

    BalasHapus
  12. Tau lh tu mmg keje diaorg..tp klu berilmu tp tk berakal pn pyh jgk..take pic tu mmg Utk bukti..but klu dh berpuluh org tgk dpt yek?? Renungan...

    BalasHapus
  13. bodoh punya org komen.semua benda yg blog ni post ko nk kritik.

    BalasHapus
  14. Cakap orang bodoh dah pandai sangat ke ?

    BalasHapus
  15. Kah3x yg komen kata jais bodoh tu sure dah pernah kena tangkap tu...dah la bodoh jais kepala hotak ko!

    BalasHapus
  16. Sepatutnya bagi perempuan tu pakai baju dulu. Aib orang mesti dijaga, bukan disebarkan...

    BalasHapus
  17. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  18. nape nak tutup aib dorang tu plak... dah dorang sendiri yang bukak aib dorang sendiri... nasib baik la masyarakat kat situ prihatin.... dapat la menegah dan mencegah sebelum lebih parah.....

    BalasHapus
  19. boleh di ambil gambar sbagai bukti.. tp prlu dilihat oleh org yg berkenaan shja.. xprlu lah sampai mengaibkan.. pegawai2 je yg tahu dia org tgk dgn nafsu atau tgk dgn tugas yg diamanahkan.. hanya tuhan yg tahu.. bgi pandangan anda pegawai2 tgk dgn apa? nafsu?? atau tugas??

    BalasHapus
  20. krn ni korg brmakian ssme sndri.aptb .mindset org kte. . . . smga Allah mmbri ksdaran pd kte smua. .

    BalasHapus
  21. mmg tugas mereka,dan mmg salah si pemaksiat tu, tapi gambar tu kn aurat & mengaibkan. kalau mereka sebarkan, tak ke mereka pun dapat dosa sbb tunjuk aurat & buka aib org? sepatutnya ambil la gmbar pakaian lengkap pun kalau nk buat bukti.. just saying..

    BalasHapus
  22. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=227865.. Click la klu nk tau.. Sharing is caring

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top