Penjelasan Dari Rozita Che Wan Kenapa Gemar Pakai Baju Ketat PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui langkahnya memakai pakaian ketat sehingga menampakkan bentuk badan adalah salah satu cara untuk memudahkan dia menjaga berat badan.

Rozita atau lebih senang disapa Che Ta, 40, berkata, memakai pakaian sedemikian dapat membantunya mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh ," katanya kepada mStar Online.

Tambah Rozita, walaupun dia dilihat sebagai seorang yang begitu peka dalam soal pemakanan, namun dia tidak pernah mengehadkan jenis makanan yang boleh dimakan, cuma amaun yang dimakan sahaja yang dikurangkan.

Sementara itu, Rozita memberitahu, walaupun ramai yang melihatnya sebagai wanita yang rajin berhias, namun dia bukanlah seorang yang gemar mengikut trend fesyen terkini.

"Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.

"Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.

"Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri," tuturnya.-mstar online

Posting Komentar

  1. Selain dari tu memudahkan che ta masuk neraka...nauzubillah...semoga Allah ampunkan dosa2 che ta dan sekaligus menginsafkan che ta

    BalasHapus
  2. Selain dari tu memudahkan che ta masuk neraka...nauzubillah...semoga Allah ampunkan dosa2 che ta dan sekaligus menginsafkan che ta

    BalasHapus
  3. Jawablah mcm tu di akhirat nanti.. =)

    BalasHapus
  4. Bagi sebab yg menampakkan rcw ni agak jahil tentang agama semoga Allah memberi hidayah kepadanya..amin

    BalasHapus
  5. semoga Allah swt memberi hidayah kepadanya agar berubah...amin!!

    BalasHapus
  6. Tiket ke neraka awai rcw booked

    BalasHapus
  7. Ya Allah berilah pertunjuk kepada hambamu ini. Jahilnya hingga sedikit pon x terfikirkan akan kemurkaanmu.

    BalasHapus
  8. Senang nak kesan klau bdn naik . tp x nmpk kesan dosa semakin bnyk d catat . menampakkan segala bentuk bdn yg blh menggiurkan pndangan lelaki.walaupun berbaju tp pakaian ketat . lbh kurang sama dgn xpakai bju . nanti dkt akhirat jwb la mcm tu .Naulzulbillahminzalik . Bertaubat la sebelum israel menjemput mu .

    BalasHapus
    Balasan
    1. Bukan israel la ..izrail..israel tu kaum...

      Hapus
  9. haha lawak komen cik ta. blh je pkai baju ketat. pastu lua sarung la baju longgar. ketat kt dlm je. sy pon bt mcm tu cik ta pakaia baju ketat kt dlm ms jogging. blh aje kan...

    BalasHapus
  10. Allah masih beri dia peluang lg....jgn smp d tarik ap yg d beri...ingat janji Allah tu pasti...bkn kat rcw aje tp kebnykn artis semua nk tunjukan aset yg pntng kat org...kl brlakon blh plak ikut kata pengarah...kl berdoa menghayati smp nangis2 tp d luar em....tak takut ker nnt bl d padang mashyar lakonan kt di dunia d tayangkan...harap2 lepas kawin nnt berubahla demi kebaikan suami n ank2...kl suami suka seksi2 biarla di rumah aje..walaupun suami tu muda dr kita jgn d ambil kesempatan utk kekal muda...

    BalasHapus
  11. Biar la dia.suka at dia.dia suka kan.kamu nie

    BalasHapus
  12. Jeles ler tu,..sbb body x secantik body dia.huhu
    #dok mengata dosa org, dri kmu tu dah cukup syarat ke msuk syurga??

    BalasHapus
    Balasan
    1. Kalau semua org islam komen camni mmg menjadi2 la artis mesia sebab byk sokongan. Kita nak mengekang budaya sebelum menjadi parah le anak cucu kita. Akai kat lutuit

      Hapus
    2. Aah..btap nak jeles..pinjaman tuhan semata..org menegur dik sbgai seorg islam ptut sling memperingati..

      Hapus
  13. SEMOGE CHE TA DIBERIKAN HIDAYAH OLEH ALLAH SUPAYA MENJADI YANG LEBIH BAIK LAGI......Insyaallah,.,.

    BalasHapus
  14. oiiii..bagi alasann buat kite sentap je!!! aii sakit pullakk hati kitee..tak tahu dose pahale ke.. mmg la..kubur lain2.. tapi nnti dah mati ..mndi sendiri ke.. masuk dlm kubur pun.. sendiri2 ek.. semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.

    BalasHapus
  15. X pyh la nak ngate org sgt2..kat blik ade cermin kn??cermin diri 2,dah cukup syarat ke nak msok syurga..klu rasa dri 2 blh msok syurga alhamdulillah..tp igt,xde sorg pn yg perfect dlm dunia ni..pd yg mngate n mngutuk 2 udah2 la ye..insafi dri 2 dl bru la mnginsafi org laen..asalammualaikum...

    BalasHapus
  16. ramai anonim takut nak guna page/nama sendiri sebab diorang tau dosa pahala, cuma depa ni ingat mati tu lambat lagi

    BalasHapus
  17. meletihkan malaikat menuliskan dosa kamu, bila agaknya boleh padam tanda pangkah itu yang banyak itu

    BalasHapus
  18. makin tua makin bodoh rupanya.. statement yg memalukan diri sendiri & menampakkan kejahilan juga membuka aib sendiri. Kan lagi bagus che ta diam je..
    Panas >>GAMBAR BAKAL NURSE BERTUDUNG DENGAN ANU LELAKI
    hOT >>BENARKAH PRODUK SEBAMED TIDAK HALAL? JOM BACA

    BalasHapus
  19. masuk neraka lah jwbnye....

    BalasHapus
  20. Hahahaha, aku xyah pakai baju ketat pun jaga berat badan.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top