NGERI! Melekat Pada Cermin Kereta (GAMBAR)KAMUNTING - Seorang warga emas maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat dalam kemalangan di sini, semalam.

Siew Yoke Kow, 77, di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping berhadapan dengan sebuah bank di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian terbabit difahamkan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 29 tahun telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas jalan.

Beliau berkata, kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah Kamunting dan menghala ke Taiping.

“Kereta berkenaan kemudiannya terbabas lalu melanggar pula sebuah motosikal yang berada di lorong kiri ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Yusuf berkata, akibat kemalangan terbabit, mangsa yang sedang berjalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian.

“Selain itu, penunggang motosikal, Wan Rosley  Ahmad, 51, mengalami cedera ringan manakala isterinya, Zainab Zakaria, 47, mengalami cedera di tangan dan badan. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Taiping sebagai pesakit luar.

“Sementara itu, mangsa yang maut turut di hantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut mengalami cedera parah dan tangannya turut putus.

“Difahamkan tangan kanan mangsa yang telah putus dan jatuh di atas jalan raya akibat daripada kemalangan terbabit,” katanya.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top