Mayat Anak Disorok Selama Enam Hari | PETALING JAYA - Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup menyembunyikan mayat anak bongsunya yang reput selama enam hari di kediaman mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3, dekat sini.

Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ibu kepada rakan salah seorang anaknya datang ke rumah pagi semalam untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pasangan itu enggan membuka pintu rumah menyebabkan pengadu terpaksa meminta bantuan polis.

"Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dipercayai menjadi mangsa bunuh," katanya.

Menurutnya, kejadian berpunca dari tindakan pasangan itu yang mahu membunuh diri bersama keluarganya disebabkan bebanan hutang.

Arjunaidi berkata, suspek yang mempunyai dua orang anak pernah melakukan tiga cubaan bagi membunuh ahli keluarganya itu.

“Dalam cubaan pertama pada 11 September lalu, pasangan itu membakar arang di dalam bilik utama bagi membolehkan semua ahli keluarganya mati kerana menyedut asap namun tidak berjaya. Mereka kemudian meneruskan niatnya itu pada keesokan hari menyebabkan
salah seorang (anak bongsunya)  meninggal dunia.

"Pada 13 September, pasangan itu  bertindak mencari tempat membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang namun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, abang mangsa itu kini berada di bawah jagaan waris terdekat.

Arjunaidi berkata, pasangan itu  mempunyai masalah kewangan yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top