KESIAN : Dua Wanita Cedera Apabila Diragut
KESIAN : Dua Wanita Cedera Apabila Diragut | GEORGETOWN - Nasib malang menimpa dua wanita apabila diragut ketika sedang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja di sini petang semalam.
Bagaimanapun, usaha suspek untuk melarikan beg tangan salah seorang mangsa yang diletakkan dalam raga motosikal gagal dan menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, kedua-dua mangsa itu menuju ke tempat kerja di sebuah pasar raya di Gelugor.
Difahamkan, suspek mengekori mangsa menggunakan motosikal sebelum bertindak meragut beg mangsa.
Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek cuba menyelamatkan beg tangannya tetapi gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan terjatuh.
Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan salah seorang patah kaki selain cedera di bahagian muka dan tangan.
Kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan menaiki van Jabatan Bomba dan Penyelamat yang kebetulan melalui jalan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda