Kenapa Wan Nor Azlin Fail Notis Tunjuk Sebab Kepada Bapanya?
Kenapa Wan Nor Azlin Fail Notis Tunjuk Sebab Kepada Bapanya? | Dramatis popular, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.
Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.
Beliau bagaimanapun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes tersebut kerana baru dilantik.
Sehubungan itu, Mohamed Fouzi berkata, bagi melancarkan perjalanan kes, beliau mengarahkan defendan untuk membuat afidavit pembelaan sebelum kes disebut semula pada 11 September depan.
Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.
Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.
Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.-sinar harian
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda