KEJAM! Bayi 3 Bulan Didera Oleh Pengasuh - Kaki Dan Tangan Patah (GAMBAR) | Bila kerap terjadi kes sebegini, pasti ia akan mengundang rasa bimbang & tidak percaya ibu bapa kepada pengasuh. Disebabkan ibubapa harus berkerja, tiada pilihan lain untuk mereka selain menghantar anak2 untuk dijaga pengasuh. Nak dihantar kepada orang tua mereka, rasa tak patut pula. Apapun dalam kes macam ni, pengasuh lain pun akan terkena tempias juga. Sulit juga situasi ini.. Apapun, jalan penyelesaian untuk kes sebegini pasti ada.. Di bawah disertakan sedikit petikan berita dari MyMetro. Jom baca..

"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."

Posting Komentar

  1. Kesiannyer....ape la dosa budak tu..kalo xboleh jaga jgn jd pengasuh boleh x..

    BalasHapus
  2. eeeeeeeee klau aku dapat lah pengasuh tu memang aku patah patahkan tgn n kaki dia...

    BalasHapus
  3. Klu anak aku kena bt mcm tu.. Aku patahkan kaki n tangan pengasuh tu.. Aku belasah cukup2..

    BalasHapus
  4. Hrpkn pagar, pagar makan padi. Ni lah org zman skrg ni. Susah nk cye. Bkn susah nk cye, xdpt dpcye lgsung. Klu ank aq, x mungkin aq nk sroh spe2 jagakn untuk aq. X nk mnyesal nt.

    BalasHapus
  5. kalau xbminat kja sbg pgasuh xpyhla cari kja mgasuh bby.bby 3bln blm tau apa2 lg tu.tnjuk muka pgasuh tu.nk tgk muka setan tu.

    BalasHapus
  6. Report polis..bawa kes ke mahkamah..saman atas kecuaian..

    BalasHapus
  7. kalu tak boleh jaga anak jangan beranak lagi senang....anak sendiri jaga sendiri lagi bagus....kalau bagi org jaga dia bentuk anak kita cara dia.....

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top