Individu Lain Yang Cabar Saya,Saya Bukan Biadap - Siti Aisya Adam | Kuala Lumpur: “Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

bu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.-sumber

Posting Komentar

  1. Bukan biadap ke bila panggil pak guard tu bodoh, dayus? Waras ke tak dia ni?

    BalasHapus
  2. Perempuan klau marah mmg smua perkataan pn dia hambur.. sdh2 la tu..

    BalasHapus
  3. Tidak mengherankan ttg bab hukum -menghukum dan caci cerca sesama manusia....dari golongan kita Orang MeLayu....sedangkan ttg bab Agama yg RasuLuLLah saw sendiri menasihati dan memberi amaran supaya jgn menghukum sesama Islam dan jgn mengaibkan maruah sesama manusia....tetapi masih juga ramai daripada kita org2 Melayu masih tetap berdegil dan mengingkari QaLam nasihat RasuLuLLah saw...dan teruskan menuruti Hawa Nafsu Syaitan melakukan yg di ditegah.....se mcm telah dijamin Syurga dan Neraka haram bagi mereka....sampaikan Ujian2 yg Allah swt turunkan pada Hamba2nya untuk menguji dan menduga tahap keimanan dan ketaatan individu menempuh segala mcm dugaan dan nilai keimanan Hamba2 nya semua telah diganggu dan menjadi penghalang sekumpulan mereka kononnya bijak pandai dgn alasan untuk mengurangkan Umat Islam berbuat maksiat....bayangkan Allah dgn maha adil menurunkan segala ujian untuk Hamba2 Nya tempuhi Dugaan....dgn masa yg sama ada sekelompok Hamba2 yg mmg biadap mengganggu ketentuan yg maha Esa agar dugaan dihalangi....fikir fikirkan...

    BalasHapus
  4. Tidak mengherankan ttg bab hukum -menghukum dan caci cerca sesama manusia....dari golongan kita Orang MeLayu....sedangkan ttg bab Agama yg RasuLuLLah saw sendiri menasihati dan memberi amaran supaya jgn menghukum sesama Islam dan jgn mengaibkan maruah sesama manusia....tetapi masih juga ramai daripada kita org2 Melayu masih tetap berdegil dan mengingkari QaLam nasihat RasuLuLLah saw...dan teruskan menuruti Hawa Nafsu Syaitan melakukan yg di ditegah.....se mcm telah dijamin Syurga dan Neraka haram bagi mereka....sampaikan Ujian2 yg Allah swt turunkan pada Hamba2nya untuk menguji dan menduga tahap keimanan dan ketaatan individu menempuh segala mcm dugaan dan nilai keimanan Hamba2 nya semua telah diganggu dan menjadi penghalang sekumpulan mereka kononnya bijak pandai dgn alasan untuk mengurangkan Umat Islam berbuat maksiat....bayangkan Allah dgn maha adil menurunkan segala ujian untuk Hamba2 Nya tempuhi Dugaan....dgn masa yg sama ada sekelompok Hamba2 yg mmg biadap mengganggu ketentuan yg maha Esa agar dugaan dihalangi....fikir fikirkan...

    BalasHapus
  5. tak perlu layan kerana akal tahap tadika, dah baligh dan boleh beranak tapi macam baru mumayyiz aje.

    BalasHapus
  6. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  7. Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.

    BalasHapus
  8. Fikir dulu sebelum bertindak..bila dah tersebar tau pulak malu..dah tu xnak mengaku kebiadaban sendiri..sudah terang lg nk suluh ke..

    BalasHapus
  9. Fikir dulu sebelum bertindak..bila dah tersebar tau pulak malu..dah tu xnak mengaku kebiadaban sendiri..sudah terang lg nk suluh ke..

    BalasHapus
  10. nasib baik ada yg kuar video tu kalo tak takda sapa tau perangai dia..ni satu pengajaran buat dia..tapi tgk air muka ja da tau pompuan ni jenis macamana....

    BalasHapus
  11. 'Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar' -- kalo xde niat nk saman p.guard tu, ngape nk amik tindakan gak lpas vdeo da tersebar..amik tndakan kat org yg ade video tu je la..nmpak sgt dia ni suke blakon smata..

    BalasHapus
  12. sy pon hormat gak org tua..tiap2 hari2 puji ngan prkataan b*d*h, d*y*s dan sbgainya..x sedar diri btul dia ni..

    BalasHapus
  13. dah x leh buat apa2...dah terang lagi bersuluh dia tu salah...dan2 bg alasan itu ini .....phuuiii.....pg mam...s pompuan camni.

    BalasHapus
  14. Pelacur kelas mana la mu kutip ni matyo.... Xlayak dibuat isteri natang ni.

    BalasHapus
  15. cctv kat situ ade . kita tgk sape yg salah

    BalasHapus
  16. Spe lg kt situ,siape yg record? Sape yg terase nim? Jeng.. jeng.. jenggg...

    BalasHapus
  17. kalau dah keluar kata2 kesat dekat org tua tu namanya udh biadap.. dulu ko x pergi sekolah ea? cikgu x ajr ko dlm bab2 nilai murni ker? dlm rukun negara pun ad ckp psal nilai murni sbg rakyat malaysia.. memalukan

    BalasHapus
  18. Dia ni mungkin ad mslh otak la.. dia lupe ke mcm mne dia buat p.cik guard tu..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top