GEMPAR! Video 'Orang Minyak' Ditangkap Ditangkap Di Terengganu | SEORANG lelaki dalam keadaan separuh bogel ditangkap penduduk kampung di satu persimpangan di Jalan Kampung Machang Lada di Kuala Terengganu dua hari lepas.

Lelaki berusia 42 tahun itu kelihatan seperti kurang siuman ditahan sekumpulan Ahli Rakan Muda Pasukan Pemantau Jenayah selepas didapati berkeliaran hanya memakai seluar dalam di persimpangan jalan berkenaan.

Sebelum ditangkap pada kira-kira pukul 2.45 pagi, sepasukan ahli Rakan Muda itu diketuai jurulatihnya Mohd Sukri Embong, 45 tahun terserempak dengan lelaki itu ketika membuat rondaan.

“Lelaki itu berjalan di hadapan kami,” kata Mohd Sukri.

Sebaik sahaja melihatnya dalam keadaan separuh bogel ala ‘orang minyak’, mereka segera menahannya dan kemudiannya terus menghubungi polis.

“Beberapa minit selepas itu, dua anggota polis tiba dan kami menyerahkannya kepada anggota terbabit untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada 15 September lalu, ahkbar Sinar Harian melaporkan seorang pelajar berumur 17 tahun mendakwa lelaki separuh bogel memakai topeng ‘zorro’ telah menceroboh biliknya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Tok Renek mendakwa, selepas tersedar dari tidur dia melihat lelaki berkenaan berada di atas badannya dan semasa cuba menjerit, suspek segera menutup mulutnya selepas memasukan cecair seperti minyak.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, lelaki terbabit yang tidak memakai seluar itu tidak sempat berbuat apa-apa apabila bapa mangsa menyergahnya lalu melarikan diri bersama telefon bimbit milik mangsa.

Berikutan kejadian itu, pelbagai pihak termasuk NGO melakukan rondaan bagi membantu polis mengesan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan penangkapan suspek berusia 42 tahun itu.

Difahamkan lelaki terbabit telah diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut selepas disahkan tidak siuman.-mynewshub

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top