Gambar Terkini Ina Naim Dan Keluarganya | Bekas penyanyi Ina Naim kini tampil dengan imej purdah sejak empat bulan lalu selepas diminta suaminya yang juga penyanyi nasyid iaitu Mohd Suhaimi Saad. 33. Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md. Naim, 29, berkata, pada mulanya dia kurang selesa dengan imej itu tetapi selepas hampir empat bulan memakainya, dia sudah mula serasi dan tidak bermasalah dalam melakukan segala aktiviti harian. "Alhamdulillah saya sudah pun melalui fasa baharu dalam hidup sebagai umat Islam. "Lagipun hukum berpurdah itu sunat dan apabila suami meminta saya untuk berubah imej, saya akur. Kiranya saya lakukan ini semua kerana Allah dan suami," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Tambah Ina, keputusannya untuk berpurdah juga bagi mengelak daripada difitnah individu yang tidak bertanggungjawab.

Mengenai perkembangan terbaharu, bekas tunang penyanyi Mawi ini menjadi suri rumah sepenuh masa dan bahagia dalam menjaga ketiga-tiga anaknya iaitu Ehmad Hadie Elfardi, 5, Sallman Elkhoyri, 3, dan Thyrosh Elfadwah yang berusia setahun. "Buat masa ini saya hanya menjaga anak-anak dan menguruskan suami. Maklumlah mereka masih kecil, maka perlu diberi perhatian lebih "Bagaimanapun agak mengejutkan juga kerana saya masih menerima undangan membuat persembahan. Walaupun tidak seaktif dahulu, sekali sekala ada yang memanggil," tuturnya.

Kata Ina undangan persembahan yang masih ditawarkan kepadanya membuatkan dia menyimpan hajat untuk kembali aktif menyanyi apabila anak-anaknya sudah dewasa kelak. "Kalau nak tahu, suami telah menyediakan beberapa lagu buat saya. Tinggal nak rakamkan sahaja. "Insya-Allah jika tiada aral, saya akan muncul dengan lagu-lagu berunsur dakwah. Tak tahu bila, tetapi biarlah anak-anak besar sikit," katanya. Ina pernah merakamkan sebuah album mini tidak lama dahulu yang turut memuatkan lagu Rebah, kisah mengenai kehancuran cintanya dengan Mawi. Ina dan Suhaimi diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 12 Ogos 2007. -Mstar

Posting Komentar

  1. dah berpurdah tp kenapa nk menyanyi lg. pelik2..

    BalasHapus
  2. Haah kn..suara pun aurat gak

    BalasHapus
  3. Alhamdulillah dah berpurdah ...muhasabah diri .tapi pls jangan menyanyi. sebab suara itu aurat.

    BalasHapus
  4. drpd tutup muka, lebih baik tutup suara.. suara tu lebih jelas auratnye drpd muka awak cik oii..

    BalasHapus
  5. Wanita Solehah mengatakan...
    Alhamdulillah.....

    BalasHapus
  6. Korg ni...ade je yg x kne kat org laen..korg tu dh ok ke??dh die kte mnynyi lagu2 dakwah itu pn x blh ke??bkn nye mnynyi trjerit2 atau nyanyi lagu rock..klu mcm 2 brckp pn x blh la kn..aurat...spttnya kite sbgai hmba allah mgucapkn syukur alhamdulillah..

    BalasHapus
  7. Tp xsalah klau nynyi lgu nasyid yg berunsur ketuhanan..

    BalasHapus
  8. Suara tetap aurat. MemperdengarkN suara kepada umum x boleh bg wanita.

    BalasHapus
  9. drpd mengata, bgs duduk diam2.

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top