Bapa Durjana, rogol anak sejak 6 tahun
Bapa Durjana, rogol anak sejak 6 tahun | KUALA TERENGGANU - Seorang bapa bernafsu binatang apabila tergamak melepaskan nafsu serakah ke atas anak kandungnya sejak mangsa berusia 6 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 18 tahun, dalam kejadian di Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut.
Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 42 tahun ke atas anak sulung daripada lapan beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada guru kaunseling di sekolah, selepas dirogol lagi pada 21 Ogos lalu.
“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berada di rumah telah diajak bapanya ke ladang kelapa sawit berhampiran dan tanpa menyimpan syak, mangsa hanya mengikut arahan.
“Setibanya di situ, mangsa dipaksa memuaskan nafsu bapanya, bagaimanapun, pada mulanya mangsa cuba melawan tetapi tidak berdaya sebelum dirogol oleh bapa sendiri buat ke sekian kalinya,” katanya, semalam.
Sumber berkata, mangsa yang juga calon STPM mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapanya selama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi ‘hamba seks’ kepada lelaki itu.
“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak tadika lagi dan disebabkan takut diapa-apakan oleh bapanya kerana sering diugut, mangsa mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada ibunya selama ini,” katanya.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, Majistret Noradila Ab Latiff membenarkan lelaki yang bekerja sendiri itu direman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.-sinar harian
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusSungguh tak percaya seorang bapa sanggup buat begini dan betulkah sang ibu tak tahu apa2...
BalasHapusINILAH MELAYU
BalasHapus