Anggota Polis Parah Akibat Dirempuh | SERDANG - Seorang anggota polis cedera parah selepas dirempuh sebuah motosikal ketika menjalankan operasi sekatan jalan raya  di lorong motosikal Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dari arah Kuala Lumpur menghala ke Seremban petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, Lans Koperal Mohd Faizal Mohd Taib dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang patah kaki kanan akibat rempuhan itu.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika Mohd Faizal bersama tujuh anggota dan seorang pegawai polis membuat sekatan jalan raya berhampiran Plaza Tol Sungai Besi.

Abd Razak berkata, sebuah motosikal jenis Yamaha 125 LC berwarna hitam merah dinaiki seorang lelaki tiba-tiba membuat pusingan U dengan cara melawan arus untuk melarikan diri selepas melihat dan menyedari kehadiran polis di lokasi kejadian.

Sedar akan tindakan spontan menyalahi undang-undang yang dilakukan lelaki berkenaan itu, Mohd Faizal yang bertindak sebagai anggota ‘cut off’ cuba memberhentikan penunggang motosikal terbabit.

“Malangnya penunggang motosikal itu tidak memberhentikan kenderaan sebaliknya merempuh Mohd Faizal pada bahagian kaki di sebelah kanan sebelum melarikan diri,” katanya selepas melawat mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Serdang, semalam.

Kes dibuka dan disiasat di  bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan terperinci masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian segera berhubung dengan hotline IPD Serdang di talian 03-80620458 untuk membantu siasatan.-sinar harian

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top