108 Pelajar Diserang Histeria Akibat Bermain Spirit Of The CoinHULU SELANGOR - Tindakan 'suka-suka' sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 4 di sebuah sekolah menengah di Bukit Beruntung bermain 'Spirit of the Coin' pagi Jumaat minggu lalu berakhir dengan musibah apabila 108 pelajar termasuk tiga guru diserang histeria secara berperingkat.

Kejadian tersebut pada mulanya hanya melibatkan lapan pelajar perempuan sesi pagi (tingkatan 3 dan 5) pada Jumaat lepas, namun semakin melarat apabila ia berjangkit kepada 26 pelajar sesi pagi hari Isnin, diikuti 23 pelajar sesi petang (peralihan, tingkatan 1, 2, 4) pada Selasa dan 12 pelajar sesi petang hari Rabu.

Keadaan bertambah serius semalam apabila 35 lagi seperti dirasuk, kali ini turut membabitkan tiga guru wanita yang cuba merawat mangsa dan seorang pelajar lelaki.

Wartawan Sinar Harian cuba memasuki kawasan sekolah berkenaan bagi mendapatkan gambaran sebenar, namun dilarang pihak pengurusan. Bagaimanapun beberapa pelajar sempat ditemui bagi menceritakan punca kejadian.

Calit darah pada dinding tandas

Salah seorang pelajar, Nurul, 16, berkata, segala-galanya bermula apabila kumpulan pelajar perempuan berkenaan bermain permainan pemujaan roh yang dikenali sebagai Spirit of the Coin dalam sebuah kelas tingkatan 4 di tingkat satu bangunan sekolah berkenaan dipercayai pada awal pagi.

"Tapi saya tak pasti di mana mulanya sebab sedar-sedar ramai budak perempuan mula menjerit," katanya.

Bagaimanapun menurut Nurul, apa yang dia tahu, pelajar pertama diserang histeria baru pertama kali mencuba permainan yang turut dikenali sebagai Ouija Board itu.

Seorang lagi pelajar dikenali sebagai Ira, 17, berkata, dia juga mendapat tahu daripada salah seorang rakannya bahawa beberapa pelajar yang mengikuti kelas tambahan di situ memang-sinar harian

Posting Komentar

  1. dulu kat sekolah dlm zaman 90an game ni mmg fames.. kwn2 sya pn pnah main.. siap cucuk jari dgn jarum utk keluarkn darah.. prnah jgak join sekali dua.. mmg satu hari tu ada yg kna histeria.. bdak tu meracau.. lps tu ada yg pengsan.. ada kwn bg tau nampak kain terbang melayang-layang.. sya nasihatkan x pyah nak berani2 cuba.. nnt buruk padahnya.. baik buat benda lain yg berfaedah lg bgus..

    BalasHapus
  2. Penah main game ni..bl time suruh bnda tu balik die xnak..puas pjuk akhirnya blk jgk..

    BalasHapus
  3. Bahayalh membangkitkan roh nie. . . Dlu penah trjadi n gempar satu skolasampai pihak skolah wat solat hajat

    BalasHapus
  4. Hehe aq tau ni.time dok hostel benda ni a bila boring.. aq biasa pakat gan kwn2 yg main tu dajal budak2 baru.. dorg jd pcy gila walhal kena tipu je gan kite org huahuahua... motif yer jgn pcy benda2 karut ni.. kuatkan pgangan iman anda insyallah .

    BalasHapus
  5. Spirit of coin ibrat pintu ghaib ke nyata jgn sesekali ktia mencuba kalo tak tau mnutp smula pintu yg tbuka...yg mgakibtkan hsteria ramai jin jin bperang sesame sndr antar jin islam n kafir..aku nashatkan mhn ptolongan Allah hadirkan para ribuan malaikat utk membantu maslah ini..kerana dia maha kuaSa mengetahui sgalanya..dan sesunguhnya tiada lain hnyalah menyesatkan manusia dr bpaling pada y satu Allah y esa..wallahhualam...

    BalasHapus
  6. hehehehehe saya perna juga main dgan anak buah dgan adik..semasa zaman sekolah tingkatan 4 dlu..hehehehe main kat rumah sendiri tgah main2 adik kena istria..past tu kata kawan 2 klau orang tu kena istria..pukul pakai barang seperti bantal..hahahaha..memang kebetulan adik kena istria..anak buah aku ambil bantal pukul kat kepala..hehehehe pening juga di pukul bantal..tu..adik pun tak ingat apa jadi kat dia,,..hehehehe.

    BalasHapus
  7. kalau ko tak sentuh bagi dia bergerak sendiri, tengok2 macam mana muka engkau..... tapi aku tak pernah pulak main...dan tak ingin langsung nak main,.... kalau terjadi apa apa kan susah?

    BalasHapus
  8. aku tak pernah main benda mengarut ni. buang masa je. main chess ke galah pnjg lg bgus. nk tunjuk hebat ke main benda2 karut macam ni. banyak benda lain lg boleh buat kot. nk cari pasal. tu kes ego tak percaya benda2 mcm ni la tu sampai nak main suka2. bnda2 mcm ni memang wujud la tp jangan jd bodoh TAK PERCAYA G MAIN JGK. apala

    BalasHapus
  9. Boleh x sape2 tlg ajar mcm mana cara nk main benda ni?

    BalasHapus
  10. mohd zakiri hang nak mampus ke kalau lupa nak batal kan game tu nanti benda tu akan kacau kau n family kau baru tau

    BalasHapus
  11. Ini seru jin...jin dok elok2 p kcau.

    BalasHapus
  12. Hihii aku penah main dulu, bukn nk prcya, juz nk try, bnda tu mmg ada dimna2 dah dok p seru, mai la.. Xpayah nk calit2 darah pun.. Ada yg xnk balik, jerkah skit suh blik, balik la..

    BalasHapus
  13. Bukan nak main cuma nak tahu step game nih mcm mana..bila tgk komen2 dowg ni mmg xkn lah aku nak main.. Cuma nak tahu.. Mohon tlg trngkan..

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top