Laluan bas sekolah yang sering memasuki taman perumahan untuk membuat pusingan U.
Pandu Bas Macam ‘Hantu’ | TELOK DATOK – Sikap pemandu bas yang tidak mementingkan ciri keselamatan ketika membawa kenderaan tersebut dikecam orang ramai kerana berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan.
Seorang bapa, Mohd Ali Amiruddin, 39, berkata, dia terkejut melihat cara pemanduan pemandu terbabit yang tidak berhemah dan berbahaya sekali gus dikhuatiri boleh mengakibatkan nahas dan kematian.
Menurutnya, pemandu bas terbabit bukan sahaja memandu dalam keadaan berbahaya malah tidak melihat pemandu kenderaan lain dari arah bertentangan ketika membuat pusingan U di kawasan taman perumahan berhampiran sekolah itu.
“Saya sendiri pernah berhadapan situasi nyaris melanggar bahagian belakang terbabit apabila pemandunya cuba membuat pusingan U secara tiba-tiba dan tidak memberi isyarat terlebih dahulu.
“Pemandu juga tidak memandu di laluan sepatutnya dan kerap ‘makan jalan’. Bayangkan jika ada kenderaan lain yang sedang memecut laju kenderaan, sudah tentu boleh menyebabkan dua kenderaan bertembung dari arah belakang,” katanya.
Ali berkata, ramai dalam kalangan ibu bapa menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap pemandu terbabit yang tidak peka dengan ciri keselamatan, sedangkan dia bertanggungjawab terhadap banyak nyawa yang menaiki bas tersebut.
“Risau bila lihat ramai pelajar berdiri sambil berpaut di pintu masuk bas, kalau pemandu berhenti mengejut, bila-bila masa saja pelajar terbabit boleh terpelanting dari bas,” katanya.
Katanya, perkara tersebut diusulkan kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini masih tiada perubahan walaupun difahamkan terdapat arahan supaya pengusaha bas terbabit meningkatkan ciri keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
Sehubungan itu katanya, dia menggesa pihak berwajib mengenakan tindakan sepatutnya kepada pemandu bas terbabit.
“Jangan nanti bila dah ada nyawa melayang, baru nak ambil tindakan tegas, sepatutnya sebelum berlaku kejadian tak diingini, pemandu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Azwan Hasan, 30, berkata, pemandu bas tersebut kerap kali membuat pusingan U di kawasan larangan bagi membolehkannya memasuki kawasan perumahan sebagai jalan pintas.
“Pemandu terbabit kerap membuat pusingan U di kawasan larangan dan dalam masa sama, banyak kenderaan datang dari arah bertentangan. Ngeri saya lihat cara dia pandu bas, langsung tidak mementingkan keselamatan.
“Banyak nyawa perlu dijaga, bukan satu dua pelajar yang naik bas tersebut malah mungkin lebih dari 10 orang. Sebelum terjadi kemalangan, pemandu terbabit perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya.-sinar harian
Org kite ni susah nk di nasihat..letak je palang besi kat tmpt u-turn tu tuk kenderaan ketingian bp je blh u-turn situ....
BalasHapuspemandu bodoh...pk tuk krsenangan dia jer...x pk nyawa pmandu yg lain...
BalasHapus