Bapa Tawar 3 Bayi Kembarnya Kepada Orang RamaiDENGFENG – Menyayat hati.Tiga  bayi kembar berusia 11 bulan ditinggalkan di tepi jalan oleh bapanya, dengan harapan ada pihak yang mahu mengambil mereka, atas alasan dia tidak mampu menyara anak-anaknya itu.

Xu Lin yang sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lima dan enam tahun, menawarkan kepada orang ramai untuk membawa pulang ketiga-tiga anak kembar lelakinya itu.

Bayi tersebut dibalut dengan selimut dan dibaringkan di atas tikar ketika Xu Lin  cuba memberikan mereka kepada pejalan kaki di jalan berkenaan.

Xu Lin bagaimanapun ditangkap selepas orang ramai menghubungi polis kerana menyangka dia adalah anggota sindiket pemerdagangan orang.

Jurucakap polis berkata, Xu Lin mendakwa keluarganya kini menderita kemiskinan dan tidak mampu lagi untuk menanggung tiga bayi kembar.

Bayi-bayi berkenaan kini ditempatkan di pusat kebajikan negara.

Dalam pada itu, seorang saksi memberitahu Xu Lin memberitahu bahawa ketiga-tiga bayi kembarnya itu sihat.

``Namun dia dan isterinya tidak mampu memelihara mereka. Mereka sebelum ini mengharapkan anak perempuan,’’ katanya.

Undang-undang China berhubung satu anak satu keluarga ini menyaksikan ibu bapa dibenarkan membayar denda jika mereka mahu mempunyai lebih daripada seorang anak.

Menurut kerajaan China, undang-undang itu berjaya mengurangkan tambahan 400 juta kelahiran di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion penduduk itu.

Penduduk China dijangka mencecah 1.4 bilion orang pada 2020.


Posting Komentar

  1. Kalau kat sini tentu aku beli ketiga tiga baby tu aku jadikan anak angkat dan biar mak aku jagakan pasang pengasuh

    BalasHapus
  2. Klu aku pun,aku ambl ja 3 bby tu jdkn ank angkt..

    BalasHapus
  3. comelnya..kalu aku ade kt citu aku pun ambik..kcian kt bb kecil ni xtau pape lg..kejam btul undang2 depa

    BalasHapus
  4. cian nye..bagi la kat kite..kite nak!!!!.

    BalasHapus
  5. bgi kt ak xpa...tgh mncari nie,,,hahha,,truk nya undang2 bila xda akidah,,

    BalasHapus
  6. sy xde anak....kalo nk bg..tiga2 sy bela...

    BalasHapus
  7. bersyukur sangat2 tinggal kt Malaysia.... nak beranak berapa pon tak jadi masalah.... klau dah x bagi beranak banyak2 bagi ler free pasang alat pencegah kehamilan....

    BalasHapus
  8. kesian baby. mak bapak tak mampu nak pelihara. tapi sekurang2nya tidak dibunuh dan diberi dengan orang lain

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top