SEGERA: Dua Lagi Anggota Polis Ditembak Di Semporna, Sabah! | KUALA LUMPUR – Dua anggota polis cedera dalam kejadian berbalas tembak dengan sekumpulan lelaki di Kampung Seri Jaya, Pulau Siminul, Semporna kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

Ketua Polis Negara menerusi laman twitternya mengesahkan ada kejadian tembak menembak berlaku susulan satu pemeriksaan oleh pihak polis keatas sebuah permis di kampung itu.

Pemeriksaan atau siasatan polis dilakukan untuk mengesahkan samada mereka ini terlibat dengan kejadian pencerobohan di Lahad Datu.

Setakat ini jumlah mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian terbabit tidak lebih daripada 10 orang.
Dalam kejadian tembak menembak tersebut ada beberapa orang anggota polis yang cedera, butiran terperinci akan dimaklumkan kemudian.” katanya.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top