Saiful dakwa Anwar guna bapanya | SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Beliau juga berkata, Anwar tidak perlu mengheret Azlan ke kancah politik bagi mencapai matlamatnya pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaaan dalam mencapai matlamat beliau,” katanya.

Azlan mendakwa Saiful dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab, yang mendalangi kes liwat kedua melibatkan Anwar.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, Anwar perlu segera bertaubat dan beliau turut berdoa semoga ALLAH membuka semula pintu hati bapanya kembali bersama mempertahankannya.

Saiful juga berkata, bapanya akan terus dihormati di samping berdoa serta beristiqamah dalam menempuh perkara ini.

“Kepada Anwar, bertaubatlah, telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar, saya pasti ALLAH akan balas apa yang dilakukan yang menunjukkan sungguh terdesak serta jijik.

“Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya akan terus berdoa agar ALLAH bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan ALLAH kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa,” katanya lagi.


KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar


(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN) 


sumber

Posting Komentar

  1. Dunia semua ni....simpanlah lama2 akhirnya akan terbongkar jua..hanya jauhari yg mengenal manikam....

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top