Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah | Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah pun mencecah angka puluh ribu. Ini satu perkembangan yang baik. Sayangnya menurut Rita Rudaini, walaupun berpendapatan RM50,000 sebulan, Aidil tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan anak-anak.
Menerusi keterangan bertulis olehnya, Rita mendakwa sejak meninggalkan rumah kelamin mereka di Kota Damansara Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang, namun tak menentu dan biasanya menghampiri waktu kes mahkamah. Kata Rita Rudaini lagi:-
Defendan (Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontrak diperolehnya. Dia mempunyai kereta Mercedes CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya.
Untuk makluman, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampai pakai buang. Manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan bil dan rumah. Namun begitu, Aidil yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia mempunyai bukti yang dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Kata Aidil.
Tak apalah saya ada semua bukti. Saya tak pernah tidak bagi nafkah untuk isteri dan anak. Saya hantar SMS bertanya khabar, dia tak balas, kadang-kadang saja dia balas.
Mahkamah telah menetapkan 6 Mei ini untuk sesi soal balas. Semoga kebenaran akan terbukti dan jalan penyelesaian sebaiknya akan dapat dicapai buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top