AMPANG, Selangor – Seorang remaja perempuan yang mengandung lima bulan dan pasangannya ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.
Penguatkuasa agama, mendapati lelaki berusia 20 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 18 tahun memakai kemeja dan berseluar pendek ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di sebuah flat di sini, pada jam 1 pagi.
Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, lelaki terbabit membuka pintu bilik, manakala teman wanitanya sedang tidur ketika pemeriksaan dilakukan.
“Lelaki berkenaan memberi alasan akan bernikah dengan pasangannya itu dalam masa terdekat setelah keluarga remaja perempuan itu mengetahui anak mereka mengandung lima bulan,” katanya.
Menurutnya, pasangan itu dipercayai saling mengenali sejak tahun lalu dan mereka turut menyewa rumah berkenaan bersama tiga lagi abang kepada remaja perempuan terbabit.
“Lelaki yang bekerja di sebuah gerai burger untuk sementara waktu itu dipercayai telah tinggal lebih sebulan dengan kekasihnya itu. Remaja perempuan itu pula tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai tidak bersekolah sejak tingkatan dua,” katanya.
Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk dibuat laporan tangkapan.
Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 26, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. – Sinar Harian Online
Related Posts
- Budak 3 tahun mati kerana pendarahan18 Nov 20130
Budak 3 tahun mati kerana pendarahan | KUALA TERENGGANU - Polis masih belum dapat mengesahka...Read more »
- Ibu Mangsa Dera Yang Meninggal Didera Kini Ditahan18 Nov 20130
Ibu Mangsa Dera Yang Meninggal Didera Kini Ditahan | KUALA TERENGGANU – Polis menahan ibu ka...Read more »
- KESIAN!!! Remaja bawah umur jadi hamba seks kekasih18 Nov 20130
BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang...Read more »
- 22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis12 Nov 20130
22 Gambar 'Joemar', rakan suspek tembak Pegawai Bank. Kini jadi buruan Polis | KUALA LUMPUR: Susu...Read more »
- Hotel Bajet Jadi Saksi Kesuciannya Diragut10 Nov 20130
Hotel Bajet Jadi Saksi Kesuciannya Diragut | DUNGUN – Perkenalan seorang gadis yang be...Read more »
- Tahniah! Suspek Kes Rompak,Bunuh Di Ambank Akhirnya Ditangkap10 Nov 20130
Tahniah! Suspek Kes Rompak,Bunuh Di Ambank Akhirnya Ditangkap | KUALA LUMPUR - Ketua Polis N...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Posting Komentar
Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
EmoticonSila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.