Rahsia Pembunuhan Jabidah 1968 Terbongkar?
Rahsia Pembunuhan Jabidah 1968 Terbongkar? | Pembunuhan beramai-ramai Tausug dan Bajau Jabidah oleh Marcos pada tahun 1968 telah menyebabkan peperangan besar yang meletus pada 1972. Perang tersebut adalah perang "MNLF melawan Marcos" menyebabkan malapetaka yang telah menghancurkan kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu ketika dulu. Sehingga kini walaupun perang tidak sehebat dulu kesan dari kehancurannya masih tidak mampu dipulihkan samada MNLF atau Filipina sendiri.
Persoalannya, benarkah pembunuhan Jabidah tersebut wujud seperti yang didakwa? Umum mengetahui pembunuhan Jabidah adalah punca kepada peperangan MNLF melawan Marcos (Filipina) pada 1972.
Kebenaran pembunuhan Jabidah 1968 hingga hari ini menjadi satu tandatanya kepada generasi muda kaum Sulu terutama anak-anak bekas pejuang MNLF. Untuk mengetahui pembunuhan Jabidah sila ke ruangan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab TAUSUG BANGSA PEMBELA, dinyatakan:
Pembelaan orang Tausug bersama Bajao terhadap Sabah ketika peristiwa PEMBUNUHAN JABIDAH 1968.
Pembunuhan Jabidah Special Forces di Pulau Corregidor di Luzon ini sangat menarik perhatian yang menyebabkan malapetaka yang berterusan sehingga kini. Sebab itu kami menamakan peristiwa Pembunuhan Jabidah ini sebagai “Bermulanya satu perkara yang menghasilkan satu perkara dan hakikatnya cuma satu perkara”.
Bermulanya satu perkara: “When Malaysia regained her independence from British colonial rule, it had colonized Sabah……”.Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 menaikkan kemarahan Presiden Filipina iaitu Ferdinand E.Marcos dengan menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu. Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan menggang gu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia merdeka serta konfrontasi Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.
Operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka”. Fasa pertama Marcos melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun yang dihimpun dari Sulu dan Tawi-tawi. Dalam pe-ringkat ini mereka dilatih di Bandar Pulau Simunul di Tawi-tawi. Mereka dilatih dengan dijanjikan elaun bulanan 50 Peso malah dijanjikan akan diserap ke dalam Tentera Elit Filipina yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Dari bulan Ogos hingga bulan Disember 1967 mereka berlatih bersungguh-sungguh dalam Unit Komando : Jabidah, tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka dilatih.
Pada 30hb Disember 1967 latihan fasa kedua bermula. Mereka (Tausug dan Bajao) diarah menaiki kapal tentera laut Filipina menuju ke Luzon iaitu di satu pulau dinamakan Pulau Corregidor kononnya untuk latihan yang lebih khusus dan istimewa. Malangnya ketika mereka berlatih di pulau ini telah bocor rahsia akan tujuan mereka dilatih iaitu untuk Operasi Merdeka “Menyerang Sabah”. “It struck the recruits that the plan would mean not only fighting their brother muslim in Sabah (tentera Malaysia), but also possibly killing their own Tausug and Sama (Bajao) relatives living there. Additionally, the recruits had already begun to feel disgruntled over the non-payment of the promise Peso 50 monthly allowance. The recruits then demanded to be returned home”
Akhirnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 mereka dibunuh beramai-ramai cuma seorang yang bernasib baik sempat menyelamatkan diri. “Jibin Arula, the survivor, said that he heard a series of shots and saw his colleagues fall. He ran towards a mountain and rolled off the edge on the sea. He recalled clinging to a plank of wood and stayed afloat. By morning, fishers from nearby Cavite rescued him”.
Menghasilkan satu perkara: Disebabkan pembunuhan Jabidah itu tunjuk perasaan dari kalangan pelajar Moro telah berlaku berminggu-minggu lamanya di luar istana presiden di Manila. Ini termasuklah Prof. Nur Misuari sendiri yang mengetuai bantahan dan tunjuk perasaan yang mana ketika itu beliau adalah pensyarah Sains Politik. Secara diam-diam maka tertubuhlah MNLF (Barisan Pembebasan Moro Kebangsaan) yang diketuai oleh Nur Misuari sendiri. MNLF mula bersorak dengan slogan “Kemerdekaan” wilayah Moroland (Mindanao dan Sulu) dari kerajaan Filipina dan rela bertumpah darah sekiranya perlu yakni perang jihad fisabilillah.
Sejak itu bantuan dari negara-negara Islam yang simpati mula menghujani kem-kem MNLF manakala pihak Amerika Syarikat pula menyerahkan sepenuhnya masaalah itu kepada Ferdinand Marcos untuk menyelesaikannya sendiri (benarkah?). Bekas-bekas tentera MNLF pada hari ini turut menyatakan Amerika Syarikat dan pihak Vatican juga turut terlibat dalam membantu Marcos memerangi MNLF itu. Bagi Vatican setelah kacau bilau dan kelaparan melanda umat Islam Moro (pelarian perang) maka “bantuan kemanusiaan” bolehlah di hantar kesana (inilah program pemurtadan yang licik?). Bagi Amerika Syarikat pula, peperangan adalah durian runtuh baginya sebab Filipina akan membeli senjata sebanyak mungkin untuk menampung peperangan sekalipun secara hutang.
Maka dengan tertubuhnya MNLF serta mencurahnya bantuan antarabangsa (Negara Islam) kepadanya ditambah pula oleh tindakan agresif MNLF (mula menunjukkan penentangan kerana tentera militia Ilaga telah memulakan pembunuhan terhadap orang-orang Islam) yang dilihat sebagai bermulanya “Holy War” itu. Ferdinand Marcos pun mendapat lampu hijau untuk mengistiharkan undang-undang tentera (Martial Law) pada 1972 di Selatan Filipina. Dengan bala tentera yang lengkap tentera Marcos mula melanyak Selatan Filipina bersama armada lautnya serta jet-jet tentera udaranya yang canggih mula mengebom pulau-pulau yang dilaporkan punya aktivis MNLF (walhal tanpa mengira MNLF atau rakyat awam sama sahaja). Hasilnya, umat Islam Sulu menjadi kacau bilau hingga menjadi pelarian ke Sabah yang mungkin selama-lamanya akan menjadi pelarian.
Hakikatnya cuma satu perkara: Persoalannya, adakah Ferdinand Marcos benar-benar mahu melatih Tentera Jabidah itu untuk menyerang Sabah? Adalah di luar pertimbangan akal yang sihat apabila menugaskan orang Islam iaitu orang Tausug dan Bajao memerangi keluarga mereka sendiri di Sabah? Sememangnya Marcos memang sedia maklum orang yang dilatihnya pasti enggan menyerang Sabah. Apakah ada udang di sebalik batu? Inilah hakikat yang kami mahu para pembaca memikirkannya dan berkongsi dengan kami untuk mendapat jawapan dalam bab-bab seterusnya. (Sila lihat di mukasurat yang lebih khusus dalam buku ini tentang Marcos dan bagaimana Marcos memanipulasi harta Kesultanan Sulu hingga munculnya idea “Perang-perang” itu).[7] Berakhir petikan dari buku Tausug & Kesultanan Sulu.
Menurut *Neldy Jolo salah seorang pengkaji sejarah "Moro" beliau telah pergi sendiri ke Pulau Caregidor Island (tidak jauh dari pantai Manila) melihat lokasi pembunuhan Jabidah serta mengadakan kaji-selidik terhadap generasi tua yang menghuni awal pulau tersebut, ternyata penduduk tua pulau itu tidak pernah mendengar malah menafikan tentang pembunuhan Jabidah atau mana-mana lokasi latihan tentera di pulau tersebut.
Menurut Neldy Jolo lagi versi terlalu banyak tentang peristiwa pembunuhan Jabidah menyebabkan pembunuhan Jabidah boleh dikategorikan sebagai "Modal propaganda yang tidak benar dan tiada asas" yang penuh dengan unsur "wayang" kedustaan. Keraguan telah menyelubungi kes pembunuhan Jabidah sejak dari awal sebelum munculnya MNLF lagi.
Khabar Yang Merisaukan
Ketika penulis mengadakan kaji-selidik ketika menyiapkan buku Tausug & Kesultanan Sulu ketika dulu, telah mendapati beberapa pandangan dari bekas anggota MNLF dan penduduk umum Sulu di Sabah tentang keterlibatan beberapa pihak yang menjadi pencetus kepada peperangan MNLF Vs Marcos. Tanpa menuduh secara langsung siapa yang terlibat penulis hanya ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung blog ini tentang beberapa fakta:
Pertama: Pada 1968 Marcos melatih Tausug dan Bajau di Pulau Simunul untuk dijadikan Komando Jabidah seramai hampir 200 orang dengan tujuan menyerang Sabah. Tujuan latihan (menyerang Sabah) tidak didedahkan oleh Marcos kepada Komando Jabidah ini. Setelah latihan beberapa bulan di Pulau Simunul tamat mereka pun dibawa ke Caregidor Island yang tidak jauh dari Manila. Kemudian mereka dibunuh beramai-ramai setelah kononnya Komando Jabidah (Tausug dan Bajau) mengetahui bahawa tujuan mereka dilatih adalah untuk menyerang Sabah. Menurut sumber, mereka dibunuh sebab mereka enggan menerus latihan setelah mengetahui mereka akan diarahkan menyerang Sabah.
Kedua: Ketika pembunuhan tersebut, salah seorang komando Jabidah berjaya meloloskan diri lalu berenang ke laut dan diselamatkan oleh nelayan dari Cavite. "Bintang" yang berjaya meloloskan diri tersebut bernama Jibin Arula yang menurut Neldy Jolo beliau masih hidup hingga hari ini. Persoalannya, mengapa Jibin Arula menghilang dan kebenaran ceritanya tidak pernah didedahkan sehingga terjadinya cerita yang pelbagai versi? Hebat sungguh Jibin Arula hingga terselamat dari pembunuhan tersebut seperti "Rambo" dalam panggung wayang? Beliau berjaya "membalas dendam" dengan tertubuhnya "MNLF" yang kemudian berperang dengan Marcos. Kemudian MNLF kalah perang serta Tausug dan Kesultanan Sulu turut lari ke Sabah beramai-ramai menyelamatkan diri bersama "Komander" MNLF? Dayus!!??
Ketiga: Reaksi Malaysia ketika itu positif terutama Tun Datu Mustapha menyediakan bantuan kemanusiaan kepada MNLF dan Tausug dengan menyediakan kawasan Jampiras serta membenarkan kemasukan "Pelarian Perang" masuk ke Sabah. Satu persoalan, mengapa kerajaan Malaysia menyumbat ke dalam ISA beberapa individu Tausug (antara tahun 1968-70) dengan tuduhan "Terlibat dengan latihan Komando Jabidah"? Mereka disumbat selama 6 bulan dalam tahanan tanpa bicara ketika itu. Seorang sahabat penulis dari Sandakan mengesahkan hal ini dengan mendedahkan beberapa nama antaranya kerabat dari Kesultanan Sulu sendiri. Yang menghairankan mengapa mesti kerabat Kesultanan Sulu? Mungkin disebabkan mereka yang selama ini mengklaim Sabah? Atau ianya tindakan bersendirian beberapa pemimpin Sabah ketika itu atas dasar Peribadi? Pemimpin MNLF hingga hari ini mengetahui bahawa Tun Mustapha sejak dari awal bercita-cita menjadi Sultan di Sabah. Beberapa orang lama Sabahan di Sandakan mengesahkan hal ini kepada penulis.
Keempat: Pada tahun 1970 kononnya 10 orang Tausug berjaya melarikan "Dokumen" penting yang melibatkan tuntutan Sabah dari Istana Malacanang. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Malaysia menyebabkan Marcos naik angin lalu menubuhkan kumpulan pengganas Illaga Kristian di Zamboanga. Illaga membunuh ramai orang Islam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa. Kumpulan Illaga ini terdiri dari kaum Visaya kafir yang menjadikan memotong telinga muslimin sebagai identiti mereka. Umat Islam Sulu membalas dengan menubuhkan kumpulan Mujahidin Ansarul Islam. Setelah kemunculan MNLF, Ansarul Islam menyertai MNLF dengan harapan membalas dendam terhadap pembunuhan terhadap saudara mereka sebelum ini oleh Illaga.
Kelima: Kedatangan penulis ke Sulu baru-baru ini terdengar beberapa khabar yang merisaukan penulis ialah dakwaan beberapa anggota bekas MNLF bahawa negara Malaysia telah membantu perjuangan MNLF melawan Marcos tetapi sebenarnya "membantu" menghancurkan lagi umat Tausug dan Sulu. Menurut mereka kiranya Malaysia membantu, sudah tentu MNLF dibekalkan dengan senjata berat yang mampu menyaingi kekuatan tentera Filipina ketika itu. Kini, MNLF dan Sultan Fuad Abdulla Kiram bersatu dengan bantuan Filipina secara tidak langsung untuk merialisasikan "Tuntutan Terhadap Sabah" akan berjaya setelah Negara Sulu akan muncul tidak lama lagi dibawah seliaan dan pentadbiran mereka.
Kredit to: DZULASREE @ Asree Sug. via VAT 69 - perjuangan semalam
MANA YANG BETUL NI?
BalasHapusalamak blogger, iklan tengah2 mcm mana nak baca
BalasHapusada plak iklan bangang menghalang pembacaan
BalasHapusaku x pasti tentang fakta ni..aku rase admin kopipes org len..kalau fakta ni didapati x benar,ko boleh buat sejarah kacau bilau...
BalasHapuswoi blah laaa iklan air asia nie aq x suker laaaa....
BalasHapus