PENTING…Insiden Belum Berakhir, Masih Ramai Penceroboh Berkampung Di Kampung Tanduo! | BERAKHIRNYA insiden berbalas tembakan pagi tadi bukan bermakna kes pencerobohan ini sudah selesai.

Perlu diingatkan, kesemua 12 penceroboh yang terbunuh itu hanya DIANTARA 180 pengikut ‘Sultan Sulu’ yang dikepung pasukan keselamatan di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo.

Kejadian itu berlaku ketika mereka cuba keluar daripada kepungan pasukan keselamatan.
Untuk makluman, polis kini masih mengepung Kampung Tanduo, yang diduduki SEBAHAGIAN anggota kumpulan itu, dan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan semakin diperketatkan.

Polis telah mengawal segala laluan dan sukar untuk pihak penceroboh untuk keluar atau masuk ke kawasan kampung berkenaan.

Sementara itu Persuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Talib telah menafikan laporan termasuk yang disiar laman sosial dan agensi berita asing bahawa terdapat anggota kumpulan penceroboh itu menyerah diri dan melarikan diri melalui jalan laut.

Dalam erti kata lain, insiden ini belum selesai sepenuhnya!
Moga anggota pasukan keselamatan terus diberi kekuatan dan dilindungi Allah SWT untuk menentang musuh durjana ini, Amin.



Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top