Terkejut: Ahli keluarga Voon menunggu di luar banglo, lokasi mangsa dibunuh dan ditanam di dalam dinding di Brunei.

Kejam : Mayat Wanita Ditanam Di Dalam Dinding | BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang wanita warga Malaysia berusia 39 tahun ditemui mati dan mayatnya ditanam di dalam dinding sebuah rumah milik kawannya di sini.

Voon Su Ching yang menjalankan perniagaan cuci kereta dan baik pulih di Brunei pergi ke rumah kawannya itu untuk menjaga banglo tersebut kerana pemiliknya balik ke kampung halaman sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Voon diberi segugus kunci banglo terbabit.

Apabila pemiliknya pulang ke rumah pada malam Ahad, dia menyedari dinding simen setinggi 3 meter yang meragukan di taman rumahnya.

Malah, bau busuk turut dihidu dari dinding tersebut.

Dia membuat laporan polis pada keesokkan harinya dan membawa kepada penemuan mayat Voon, lima hari selepas dia dilaporkan hilang pada Rabu.

Difahamkan pembunuh telah menutup mayat Voon dengan beberapa keping zink sebelum menanamnya dengan simen.

Polis menahan seorang lelaki dalam usia lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Dia didapati menghantar dua trak simen ke banglo tersebut.

Polis masih mengenal pasti motif pembunuhan.

Menurut khabar angin, Voon menjalin hubungan dengan seorang profesor dan telah membawanya bertemu dengan beberapa rakan baru-baru ini.

Rakan-rakannya menyifatkan Voon sebagai seorang periang dan peramah yang gemar berjenaka dengan mereka.-mstar

Posting Komentar

  1. dulu kecik2 aku penah tgk movie. mayat pmpn tu tanam dlm dinding.. reality pon ade jugak. seram cita tu

    BalasHapus
    Balasan
    1. Tau dah citer korea kan :/

      Hapus
    2. Yup, masa kecik2 tgk filem hindustan tanam mayat kt dinding.. Kejam!

      Hapus
    3. Filem hindustan 100days tu.. mase kcik2 dlu slalu tgk..

      Hapus
  2. Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang
    disertai?
    Dalam program ini, anda akan dibayar komisyen tanpa pelawat
    membuat pembelian.
    Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan klik yang anda
    berjaya kumpul dalam sesuatu kempen.
    Kami namakannya program Pay Per Click (PPC).
    Dan yang paling best PROGRAM INI PERCUMA!!
    Daftar Sekarang ketika masa PERCUMA!!!

    Layari : http://iklansticky.com/hop.php?ref=ffila89

    BalasHapus
  3. apa tajuk cite tu..dulu pun ada gak cite indonesia tapi dia simen jadi patung...nak tgk la..apa tajuk nya..huhu~

    BalasHapus
  4. ...tajuk citer RAHSIA (budak mati dlm dinding simen)...yg jadi patung simen Noorkumalasari citer MISTERI RUMAH TUA

    BalasHapus
  5. kat johor ni pon ade citer gak,,, kat villa nabilla,,, dgr citer nabilla tu kne bunuh n di tanam kat dinding villa oleh mak tiri dia... smpai skrg xjmpa lg .. sebab villa tu besarr,,, xd sape brani dok kat villa tu sebab tiap2 mlm ade je pmpn menangis minta tolong... xtaw la btol ke x,,, tp bnyk versi citer pasl villa nabilla ni,,,

    BalasHapus

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top