Gambar hiasan
Kakitangan Giant Taman Nusa Bestari Yang Biadab | Semalam (Rabu) aku bersama isteri ke pasaraya Giant di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru untuk membeli barangan dapur, sama seperti anda semua. Ya, aku juga manusia biasa yang pergi ke Giant.
Hampir setiap bulan kami ke pasaraya ini. Beratus kami berbelanja di pasaraya ini. Kalau dihitung, didarabkan dengan beberapa tahun kami di sini, seharusnya kami dikategorikan sebagai pelanggan tetap dan boleh dapat reward!!
Malangnya rak barangan tak mampu mengecam kami. Begitu juga troli yang kami gunakan yang kadangkala mengeluarkan tenaga statik di lengan aku.
p/s : Baca sampai habis… anda sendiri bakal nilaikan..
Seperti biasa, minuman antara barangan yang dibeli, antaranya susu soya dan susu rendah lemak. Yelah kot esok lusa nak jadik guru yoga.
Kebetulan Tropicana Twister yang menjadi favourite kami dijual pada harga promosi iaitu RM10 bagi dua botol.
Isteri comelku mengambil dua botol memandangkan kami mampu menjimatkan hampir RM5. Ya, buat kami rakyat marhaen, RM5 sangat bernilai. “Apalah,RM5 pun berkira.” Memang kami berkira sebab ia dari rezeki yang halal dan dari keringat titik peluh sendiri maka perlulah berkira dan kalau dikumpul 1,000 kali, dah boleh beli tiket AirAsia pergi balik Australia.
Kami memang gemar membeli barangan keperluan pada hari biasa bagi mengelak que yang panjang.
Kami ke kaunter 8, kira-kira jam 11.40 pagi dan terdapat dua kakitangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mengikut resit pembayaran, kaunter itu dikendalikan juruwang Jaganathan Goundar dan dia dibantu seorang staff wanita untuk pembungkusan (packer).
Sebelum kami tiba, mereka rancak berbual. Ketika barangan kami diimbas untuk dihitung harga, mereka tetap berbual tanpa henti tanpa memperdulikan kami.
Aku hanya menoleh dan menggelengkan kepala terhadap sikap kedua kakitangan itu. Ya, mereka langsung tak peduli. Mulut berterusan berbual dan kadangkala kakitangan lelaki langsung tidak melihat produk yang diimbas sebaliknya matanya tersorot ke arah rakannya.
Aku terus berbisik kepada isteri – “Once we checked out, you better check the receipt. I boleh bet kita kena overcharged atau ada duplication.” Isteriku mengangguk.
Kami beredar perlahan dari kaunter pembayaran itu sambil isteri meneliti resit dan seperti yang dijangkakan, ada overcharged.
Dua botol Tropicana Twister yang sepatutnya berharga RM10 dicaj mengikut harga normal biarpun terpampang di rak minuman itu, harga promosi. Sebagaimana tertera pada resit, produk yang disirikan sebagai 4061675 dicaj RM6.49 setiap satu.
Kami terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan.Di sinilah drama samseng berlaku.
Kami menghampiri kaunter KHIDMAT PELANGGAN atau Customer Service Giant yang terletak di luar pintu masuk ke hypermarket itu.
Terdapat tiga kakitangan di situ dan apabila kami mengajukan masalah kami terhadap overcharged itu, salah seorang kakitangan wanita, Fajariah Mohd Anuar, meminta kami memberikannya resit pembelian. Isteri menunjukkan kepadanya dan menjelaskan tentang harga sebenar yang dipromosikan.
“Tunggu sekejap, saya kena check,” katanya dan terus beredar. Dia berjalan keluar dari kaunter secara perlahan dan tiada langsung menampakkan terdapat satu urgency untuk pelanggan yang terpaksa menunggu disebabkan kesalahan berpunca dari Giant sendiri.
“Dik, mintak tolong ya dik, kalau boleh cepat sikit,” aku sempat menegur pada kakitangan Giant itu. Aku dah dapat nama penuh dia
Dia sempat menoleh dan berlalu pergi. Ohh, dia menoleh tanpa sebarang senyuman atau jawapan dia cuba untuk tidak melengahkan pelanggan yang menuntut lebihan akibat kesilapan dari majikannya itu.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali kami terpaksa memeriksa resit kami dan mendapati terdapat lebihan caj pada harga dan berbeza dari harga promosi. Maka, persoalan aku ialah, adakah ini taktik Giant mengaburi pelanggan supaya mengunjungi pasaraya mereka dan pelanggan yang kurang periksa pasti menjadi mangsa mereka?
Jika mereka memberikan alasan teknikal, ia adalah jawapan yang sangat memperbodohkan pasaraya itu sendiri kerana ia bukan pertama kali berlaku dan seharusnya masalah teknikal seperti itu tidak berulang, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian yang besar dan mampu mempertingkatkan sistem mereka.
Bayangkan, jika ada 10 pelanggan yang kurang periksa. Tidakkah itu keuntungan berganda kepada Giant? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seharusnya menjalankan pemeriksaan lebih giat dalam memastikan peniaga lebih beretika dan tidak memperdaya pelanggan dengan taktik seumpama ini.
Itu jika 10 pelanggan. Bagaimana 100? Adakah Giant mengharapkan semua pelanggan akan sentiasa memeriksa resit mereka? Mana integriti mereka? Mana kejujuran mereka? Aku pasti ramai yang sudah terkena.
Hampir 10 minit, kakitangan KHIDMAT PELANGGAN yang memakai tag nama Fajariah itu kembali ke kaunternya.
Mungkin dia mengambil masa begitu lama kerana terpaksa bersesak sesak di kalangan pelanggan pada hari yang sunyi itu. Kami lihat, dalam kepayahan Fajariah berjalan di celah celah pelanggan yang terlalu ramai pada hari sunyi di pasaraya itu, dia sempat berhenti untuk berbual seketika dengan rakan setugas.
“Nak 10 minit kami tunggu. Apsal lama sangat?” Aku bertanya.
“Saya kena check lah harga dia,” katanya dengan nada mendatar.Seharusnya, memandangkan aku pernah mengetuai team Khidmat Pelanggan di pasaraya di Johor Bahru ini, jawapan pertama yang pasti keluar dari kakitangan aku ialah: “Maaf encik terpaksa tunggu.” Dan dulu, aku turut train staff aku untuk nampak seperti tergesa gesa untuk memperlihatkan keseriusan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.
Fajariah tidak. Dia membuat keputusan bahawa aku dan isteri bukanlah pelanggan, tetapi seperti datang ke situ untuk mengutip derma.“Memang salah harga. Isi borang ni,” katanya. Aku faham tetapi aku ada jelaskan pada Fajariah ini, kami perlu cepat. Dia tetap bertegas bahawa ini kehendak pengurusan.
Ok aku faham. Kehendak pengurusan Giant adalah lebih giant dari keperluan pelanggan yang berbelanja di pasaraya itu. Pelanggan tak perlu diutamakan di Giant.
Ketika isteriku mengisi borang, dia ada bertanya pada aku:
“Ada kolum IC dengan nombor telefon ni, nak tulis jugak ke?
“Tak payah, bukan salah kita, this is Giant’s fault for deceiving us,” jawab aku.
“Dik, kami nak cepat ni, tak boleh ke ringkaskan proses ni, dahlah awak lama sangat pergi check tadi, ini bukan salah kami sebab salah charge, tapi kami pulak jadik mangsa kena tunggu,” aku MEMOHON sedikit toleransi daripada kakitangan KHIDMAT PELANGGAN itu.
“Tak boleh encik. Ini apa yang management nak. Saya kena ikut management,” katanya dengan suara sedikit tinggi.
“Ya saya tahu ini kehendak management awak tapi kami kan pelanggan, takkan awak rela hilang pelanggan yang jadik mangsa disebabkan kesilapan majikan awak?
“Tak boleh encik, ini polisi management,” katanya, berdegil. Aku tahu, aku pernah berada mengetuai khidmat pelanggan dan apa yang dilakukan Fajariah ini adalah sesuatu yang sangat dangkal. Mungkin, the same pengurusan tak train budak ni untuk handle customer by discretion.
Sebaik isteriku melengkapi borang dan serahkan pada Fajariah, dia menyuruh kami kembali ke kaunter 8 dan menunggu Chief Cashier untuk pemulangan wang!!
“Akak kena pergi balik kaunter tadi dan tunggu chief cashier untuk dapatkan duit balik,” katanya.
Isteriku persoalkan – kenapa kami nak ke sana ke sini pulak. Ini bukan salah kami. You all salah, pastu nak menyusahkan customer pulak. Kenapa tadi awak tak bawak form ni dan ajak kami terus pergi kaunter tu? Dahlah tunggu awak check harga (sangat) lama! Ada logik jugak apa yang isteri aku cakap.
Aku menyampuk:
“Dik, takyahlah susahkan kami. Kami nak cepat ni. Takkan you all salah, kitaorang pulak kena susah?”
“Ini polisi management. Saya kena ikut polisi management,” katanya dan kali ini suaranya sudah sedikit tinggi.
“Ya saya tahu, saya taknak tunggu, awak pergi settlekan.”
“Kan saya dah cakap, ini management punya polisi, ikut jerlah,” jerit Fajariah kuat dan tangannya menampar permukaan kaunter dengan kuat.
Kami terkejut. Tindakan itu sangat menghina. Sangat.
Aku mempersoalkan sikap kakitangan KHIDMAT PELANGGAN ini yang menunjukkan sikap samseng terhadap pelanggan yang mahukan kerjasama dari mereka namun terus diherdik tanpa henti.
Terdapat seorang pengawal keselamatan tak jauh dari kami dan dia hanya memerhati lewa terhadap insiden itu. Mungkin tak penting kot. Lagipun pasal customer kan. Dia peduli apa.
Aku menghampiri pengawal keselamatan itu dan memintanya memanggil pengurus.
Seorang lelaki Melayu datang ke kaunter itu yang pada awalnya aku kurang yakin dia adalah pengurus. Aku akan ceritakan kenapa aku tak yakin dia pengurus, di penghujung entry ini.
“Saya nak jumpa manager, bukan awak.” Aku tahu pengurus cawangan itu adalah seorang lelaki India kerana baru beberapa minggu lalu aku ada menelefon pengurus itu.
“Saya manager on duty.” katanya.
Aku menceritakan kepadanya mengenai insiden yang berlaku dan aku agak kecewa dengan latihan atau common sense yang ada dalam pengurus itu.
“Kami akan tengok cctv nanti,” katanya berulang kali.
Aku rasa itu juga polisi Giant yang diajar pada kakitangan mereka cara menyelesaikan masalah pelanggan.
“Saya bukan cerita pasal cctv, saya nak tanya kenapa staff customer service biadap, tampar meja, tengking kami?”
That manager on duty terdiam. Dalam hati aku, kalau sekali lagi dia cakap nak tengok cctv, memang aku suruh dia balik office dia jek.
Sambil itu, Fajariah tetap mengeluarkan kata-kata kurang elok termasuk pergilah report polis, tengok siapa kena angkut karang. Selain bersikap samseng dan kurang ajar, rupanya kakitangan KHIDMAT PELANGGAN boleh mengugut pelanggan untuk membuat laporan polis?
Aku pelik, kenapa pulak aku nak report polis? Aku patut report pada Jabatan Agama Islam Johor supaya sediakan kelas adab dan fardu ain untuk dia dan pengurusan Giant sebenarnya. Itu lebih tepat. Mereka juga perlu daftar untuk belajar apa itu customer service. Dengan apa yang aku lalui, jangan mudah sangat pakai definisi itu kerana ia menghina maksud sebenar customer service.
Sambil aku bercakap dengan manager-on-duty itu juga, Fajariah masih sempat menengking isteri aku untuk memberikannya resit pembelian disaksikan dua kakitangan dari cashier dept yang datang untuk memulangkan wang kami. Eh boleh pulak datang ke kaunter tu? Pelik tak?
Untuk rekod, manager-on-duty yang memperkenalkan diri sebagai Murad, yang terdengar tengkingan itu, menyuruh kakitangan KHIDMAT PELANGGAN bernama Fajariah untuk pergi pejabat namun tidak diendahkan.
“You tengok perangai dia. You nak tengok cctv apa lagi? Ni depan mata ni,” kata aku pada Murad dan kami sama-sama menoleh ke arah Fajariah yang masih meluahkan kemarahannya.
Aku rasa Giant mendidik kakitangannya untuk memastikan pelanggan datang menyembah mereka dan melutut pada mereka, yelah sebab nama mereka Giant kan.
Dan berbalik kepada Murad, sehingga jam 10 malam semalam iaitu hampir 12 jam insiden itu berlaku, langsung tiada satu pun panggilan telefon dari pihak Giant untuk memberi penjelasan atau permohonan maaf dari mereka. Maka aku anggap dia bukanlah Manager-On_Duty tetapi penyusun produk di salah satu rak di hypermarket itu.
Aku tak terkejut jika ada kalangan pembaca yang mengalami nasib yang sama sebagaimana pernah ditulis Mazidulakmal Sidik di capaian berikut: Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara.
Untuk rekod, Mazidul mengalami masalah harga di hypermarket yang sama pada 2009 ! Kita sudah di tahun 2012 !! Apakah alasan Giant terhadap masalah harga ini? Kemungkinan bahawa mereka menggunakan taktik menipu pelanggan ini tidak boleh dipandang sepi.
copy paste dari informasi
giant sama carefour...suma bengong...penipu...harga...
BalasHapussaya dah lama x pergi giant n caffeour...
BalasHapusPeringatan buat diri sendiri. Selama ini x pernah check pun resit pembelian..tq.
BalasHapusPeringatan buat diri sendiri. Selama ini x pernah check pun resit pembelian..tq.
BalasHapusGiant 1borneopun sama gak..
BalasHapuskalu kt usj,better g mydin mall dr g giant wlaupun bangunan bersebelahan
BalasHapusSame dgn je!!!! Tepuk dada tanya selera...shoping kt kdai runcit sdaaa!!!
BalasHapustesco tebrau jb pun mcm tu jgk, letak harga promosi, tp harga xsama dgn yg dia ltak, malahan lg mahal drpd kdai runcit...
BalasHapusGiant mmg makan duit haram..bodo..da byk kes ni berlaku..da lame x pegi giant coz staff dia mcm pukimak..skrg ni pilih mydin plak..xde jual arak..
BalasHapusGiant muar pun sama.
BalasHapustesco bukit indah aku beli barang elektrik, pegi cashier, cashier suruh bayar kat kaunter brg elektrik, pegi balik kaunter brg elektrik (tempat yg cop warranty card or urusan aeon loan) dia suruh aku bayar kat cashier.. dah la cashier ngan tempat elektrik tu jarak penjuru ke penjuru.. last aku tengking betina mengandung yg kat kaunter elektrik tu.. nasib bek tak terberanak kat situ.. macam siall.. beli barang kat kedai runcit pak long basir lagi bagus
BalasHapusPerlu ke smpi nk maki org..apatah lagi dgn keadaan wanita itu mengandung.bwk muhasabah diri sikit..lps ni shoping je kt kdai pak long basir ye..sian jakun shoping kt tempat beso..huhuh.
HapusSy juga cashier dan juga pelanggan/pengguna..penulis mgkin sudah maklum cara kerja dipasaraya bkn?sepatut anda sudah menegur dari sikap cashier di kaunter.perhatikn setiap brg yg discan.cashier juga ptt alert.bile kta sedar harga silap dari awl x akan mengambil masa anda buat complain di cust service.sdh tentu boleh terus error correction sebelum anda mbuat pmbyran.sy juga pnh handle mslh mcm ni.pelbagai kerenah cust.cara penulis xelok smpi mengaibkn nama org tersebut.kalau nk berkongsi cerita xperlu smpi nk bg tahu nama sbnr.tidak kah itu seperti anda berdendam dan brniat ingin memalu kn org tersebut?customer always right.maaf dgn kata2 sy ini.
BalasHapusYa..biasanya sya perhatikn hrga yg trtera di brng sma dgn hrga yg dia scan so skli jln...
Hapusaku pon pernah kena kt giant setiawangsa..mmg org yg jaga khidmat pelanggan nie sepesis muka ketat tak penah n senyum dan mintak maaf. aku beli pati haruan promosi letak harga rm 49 skali dalam resit kena rm59..dah lama menunggu check barang.boikot je giant.best lagi jusco jaga pelanggan.
BalasHapusIya giant mmg slalu mcm tu!! Lain harga d tmpat rak bila sampai kaunter lain harga pulak..kena hati2 suda ramai org kena..
BalasHapusKalau aku ,, biar jak kalau lama2 sngat tunggu .. Aku halalkan lah rm5 tu, pazti rezeki akan datang balik ...
BalasHapusaku dulu pernah kj giant.. psl harga tu ak akui memang giant ne bermasalah siket.. yg menjadi mangsa adalah staff.. terutamanya cashier dan customer service.. sebb ne department yg akan berhadapn ngan customer ari2.. kadang2 ksilapan dari management atau staff bahagian dalam yg xtukar harga.. tp org len jd mangsa.. pasal sikap bdk yg kurng ajar tu lak, ak rasa xpatut.. bagus je cik wat aduan kt manager direct.. xpon email je kt hq giant.. takut kalo wt srt cmplain n masuk dlm peti, xkemana pn surt complain tu.. hehe :)
BalasHapusMost of the staff yg ada d giant..memang sial doh...sbb tu lh I xpnah jejak kaki ke tpt tu..mahal satu hal...penipu lg..barangan xda kualiti..serik ar cukup sekali terkena...banyak tempat lg ble membeli...
BalasHapusMoralnye..sentiasa perhatikn semasa imas harga..dan checkk...duit kita hak kita
BalasHapussaya pun dh tkena,letak harga promosi pampers rm27.90 kot kalu xsilap,blk umah br tgk resit,harga pampers tu kat resit 33.90 kot,lbh kurang harga tu la...
BalasHapussenang citer mmg salah pasaraya...x kira lah pasaraya tu besar ke kecik. kalu dah berniaga BERILAH TRAINING CUST SERVICE.. mcm mana beri layanan yg baik.. pelanggan ni sbnrynya x kisah brape ringgit pon die rugi.. kalu betul cara staff tu terangkan mana yg x betul dgn cara profsnal. bg aku xde masalah..cust bole terima dan x kisah tggu lama. selalunya pasarayabiase @ hyper ni slalu ambil mudah prkara2 nie, yg die tahu sale! sale ! sale! ade kes ni jgk . diorg wat kronie2 n tubuh puak2 yg bapak berlagak.. mcm kerja kat situ 10K sebulan!! kalu dah manager die suka buat palat.. staff die pon ikotlah.. mmg diorg nie tidak terlatih..dah salah nk marah2 pelanggan..kalu aku.. aku tolak semua barang aku nak miintak duit aku tu balik.. (berdasarkan pngalaman bekerja sbgai pengurus khidmat pelanggan) dsbbkan dah bnyak sgt kroni aku pon berhenti.. ! alhamdulillah..dpt kerj baru..bkn khidmat plggan lagi hahaha .rezki aku bertambah baik..syukur.
BalasHapushahaha...sama je...aku pegi giant summit baru bberapa hari je buka...so aku pegi la sana sebab orang kata ada promosi pembukaan...dipendekkan cerita, aku nak cari pewangi kereta...so ada sorang promoter, promote kat aku satu produk pewangi ni...so aku tanya harga...promoter tu ckp bole dapat harga promosi kalau beli dengan sabun cuci kereta...harga promosi...harga dalam 89sen kalau tak silap...so aku beli pencuci kereta tu dengan pewangi tu...aku beli 2 pewangi tu sebab mmg murah...sebelum tu aku tanya promoter tu...kalau beli 2 pun harga tetap harga promosi kan? dia dengan yakin cakap ya...so aku pegi kaunter bayar...habis je bayar aku cek resit...ternyata harga pewangi yang dikatakan berharga kurang RM1 menjadi RM 5 lebih...bayangkan aku beli 2 charge lebih RM10 untuk 2 item tu...yang kita harapkan harganya hanyalah kurang RM 2...aku nak pergi customer service tapi aku batalakan disebabkan aku nak cepat dan hari tu agak sesak sebab nak CNY...bayangkan penipuan macam tu...itu aku sorang dorg dah untung dalam RM 8...kalau 1000 orang? Giant memang penipu...
BalasHapusOrg biadap mcm ni xptt bg kerja...
BalasHapussokonglah mydin
BalasHapusKomentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapusdah lama boikot giant, harga tipu, staff mcm gampang!
BalasHapusgiant mmg xgune,,,ary 2 my fmly g giant n kitorg pegi pkul 9 lbeh,,,n smpai kt kaunter da dkat nk ttup,,otw nk byar nmpk keychain..ltak harge 4.99...ble charge rm10..kuang aja,,,tgh kecoh2 psal 2,,de plak mngkuk hyun pegi amek troli ktorg yg da byar 2,,dkat rm500 kot,,hampeh,,kjar2 jmpe,,ble ckp troli 2 kitorg pny dy kate engtkn troli 2 ank dy pny,,ank mndeny,,,mude lg kot,,n klaw btol dy slah tolak,,,asal laju gle tolak,,,kitorg jmpe troli 2 time dy da nk smpai pntu kluar,,sket aty kot,,,n yg tolak troli 2 pkerja gint,,rse cm nk tmbuk je muke dy,,n ni blaku kt gian senawang..
BalasHapusI pergi Giant Taman Suria J.B beli ayam mintak potong 16.... I perhatikan bangla tu potong 16 bahagian...cantik jer 14 bahagian masuk plastik I...lagi 2 bahagian dia masukkan kat dalam polestrene untuk dijual kepada pelanggan lain....terasa macam berada di BANGLADESH pulak.........GIANT management please take action....OR memang itu ACTION yg dipratikkan oleh Pihak GIANT........klau x percaya pada customer complaint x pe tunggu video dari I nanti untuk membuktikannya didalam YOUTUBE...k....This is Malaysia Not BANGLADESH....
BalasHapus