Husin Ismail, 55 (dua, kanan) menyiram air di pusara anaknya, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas, pada Rabu.Foto SAZUKI EMBONG/THE STAR

Bakal tunang reda pemergian Ahmad Hurairah | PASIR MAS 13 Mac - Wira negara, Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, telah merancang balik ke kampungnya pada Februari lalu untuk memperkenalkan teman wanitanya, Nurdiana Kamaruddin, 23, kepada kedua ibu bapanya dan mengikat tali pertunangan.

Nurdiana ketika ditemui di rumah keluarga Allahyarham di Bayu Lalang di sini berkata, hasrat tersebut bagaimanapun terpaksa ditangguhkan kerana Batalion 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) tempat Ahmad Hurairah bertugas telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk Ops Daulat di Lahad Datu, Sabah.

Kegembiraan dihati gadis bertudung labuh ini untuk menjadi tunang Allahyarham bagaimanapun berakhir kira-kira pukul 4 petang semalam apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang kawan Ahmad Hurairah yang memaklumkan beliau terbunuh ketika operasi.

"Saya tahu mengenai perkara ini apabila ada rakannya menelefon saya. Saya menerima apa yang berlaku tetapi sedih kerana sebelum ini saya telah menghubunginya dan berpesan supaya berhati-hati.

"Dia berhajat untuk bawa saya jumpa keluarganya pada Februari lalu tetapi tangguh sebab tidak dapat balik lepas itu bulan Mac pula dia dihantar ke operasi," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nurdiana yang merupakan penuntut tahun akhir di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Bachok, dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah memaklumkan dia berkenalan dengan Allahyarham lebih dua tahun lalu melalui rakan-rakannya.

Menurut Nordiana, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham adalah pada tahun 2011 sebelum beliau kembali untuk bertugas di Sabah. - UTUSAN


Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top