Zed Zaidi Mahu Artis Tempatan Diberi Peluang Dahulu | Sebenarnya isu kehadiran Psy ke Malaysia bukan sahaja menjadi topik hangat di kalangan pemerhati politik tetapi turut sama memberi tempias yang sangat kuat terhadap artis-artis tempatan. Presiden Seniman, Zed Zaidi turut meluahkan pendapatnya menerusi Twitter.
Sebenarnya, kehadiran Psy dengan bayaran yang begitu lumayan seharusnya dijadikan satu cabaran bagi artis-artis Malaysia. Secara jujur, tak nampak mana-mana artis yang mempunyai populariti sehebat Psy. Bukanlah mahu memuji Psy, namun kita harus melihat mengapa pihak penganjur lebih berminat untuk membawa artis luar berbanding menggunakan artis tempatan.
Daripada dulu lagi perhatikan, sekiranya ada event besar, artis-artis luar daripada Korea, USA dan UK akan dijemput untuk memeriahkan majlis. Yang terbaru, kumpulan rock Gun N Roses akan mengadakan persembahan bersempena dengan perlumbaan F1 di Litar Sepang. Ini semua berlaku kerana populariti artis tempatan tidak menyeluruh dan hanya mampu menarik segelintir penonton sahaja.
Seharusnya lebih banyak artis tempatan mengambil inisiatif untuk menjadi popular di arena antarabangsa seperti yang dilakukan oleh Yuna dan Shila Amzah. Kena berani mencuba untuk mencari apakah X faktor yang membolehkan artis-artis negara lain (seperti Korea) begitu digilai seantero dunia. Barulah selepas itu lebih banyak tawaran lumayan akan masuk ke dalam poket artis tempatan.
Kalau ditanya kepada pihak penganjur pun, pastinya mereka mahukan persembahan yang mampu memberikan pulangan setimpal dengan pelaburan mereka. Kepada artis tempatan, jadikanlah ini sebagai satu cabaran buat anda untuk terus memajukan diri dan tidak sekadar berpuas hati di takuk sekarang ini.
Related Posts
- Cara Paling Mudah Untuk Mendapatkan Kulit Muka Gebu Dan Glowing20 May 20150
Selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Hari ini admin nak share satu cara paling mudah...Read more »
- 19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank18 Nov 20131
KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK 23 OKTOBER 2013 - Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya...Read more »
- Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah16 Nov 20130
JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana keb...Read more »
- Kedudukan Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan15 Nov 20138
DAHI Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya...Read more »
- Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah26 Mar 20130
Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah | Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah...Read more »
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
kpop popular sbb pmpn nye seksi putih gebu kain singkat.. baju x lengan, artis tempatan byk da bertudung bg masyarakat dah seri kott
BalasHapuskpop popular sbb pmpn nye seksi putih gebu kain singkat.. baju x de lengan, artis tempatan byk da bertudung dan bg masyarakat dah hilang seri kott. atau mgkin malaysia berbilang kaum. terutama kat penang ramai cina. diorang mana kenal artis melayu
Hapus