Siti Nurhaliza Memberi Nasihat Kepada Shila Amzah | Nampaknya kisah percintaan yang penuh halangan antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad turut mendapat perhatian daripada penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Bercakap kepada Astro Awani, Siti menasihatkan Shila agar rasional dan tidak terlalu mengikut perasaan.
siti nurhaliza
Mungkin Shila boleh mengambil kata-kata nasihat daripada Siti untuk dijadikan semangat untuk meneruskan hidup seperti biasa. Antara kata-kata yang dikeluarkan oleh Siti ialah:-
Memang Siti memahami situasi Shila dan ND Lala. Shila memerlukan suara dan haknya jugak. Sebenarnya tidak salah tetapi pada masa yang kita juga tidak boleh melupakan ibu bapa. Sebab Siti dulu pun melalui keadaan yang sukar. Macam Siti dulu, selagi ibu bapa tak restu, memang Siti takkan mendahulukan mereka. Kalau ada jodoh itu, buat macam mana pun, kalau Allah dah tulis dalam Luh Mahfuz, itulah jodoh kita.
Tonton video Astro Awani di bawah untuk mendengar sendiri kata-kata hikmah daripada Siti.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top