Rozita Che Wan Bercuti Bersama Zain Saidin Di USS Singapura | Wah ~~ Nampaknya Zain Saidin dan Rozita Che Wan tidak lagi malu-malu kucing untuk berkongsi gambar mereka berdua bersama selepas pengakuan cinta daripada Zain baru-baru ini. Terbaru, mereka berdua telah bercuti bersama ke Universal Studio di Singapura bersama keluarga.
Memang sama cantik sama padan pasangan ini. Turut sama menemani mereka ialah Ayu Raudhah dan suami serta anak-anak Rozita Che Wan. Mereka berdua telah pun bercuti di sana selama 2 hari. Pastinya kesempatan ini digunakan oleh Zain untuk meluangkan masa bersama kekasihnya sambil mengenali keluarga Rozita dengan lebih rapat.
Bercakap kepada Mstar Online, Zain memberitahu yang dirinya masih belum ada perancangan untuk merisik Rozita Che Wan. Namun begitu Zain mengakui yang hubungan mereka kini semakin stabil. Kesimpulannya, kedua-duanya tengah hangat dilamun cinta.
Semoga hubungan ini akan berakhir di jinjang pelamin satu hari nanti. Pasti ramai yang tak sabar untuk melihat mereka berdua bersanding. Sama-samalah kita doakan.

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top