Lebih 12 Syarikat Dikompaun Oleh SKMM kerana SMS Spam | SKMM sebelum ini telah memberikan amaran beberapa kali berkenaan dengan SMS berbentuk SPAM daripada penyedia kandungan mudah-alih dan pelbagai syarikat lain.

Kini, daripada laporan yang dikeluarkan SKMM minggu lepas, sebanyak 12 syarikat di kompaun disebabkan kesalahan ini, menjadikan jumlah kompaun sehingga RM260,000.


Menurut SKMM, langkah yang diambil adalah berdasarkan kepada mereka yang gagal mematuhi garis panduan utama yang disediakan oleh SKMM, seperti menyertakan informasi berkenaan harga SMS pada permulaan, menggunakan bahasa yang mudah difahami, dan menyediakan cara mudah untuk nyah-langgan sesuatu kandungan SMS.


SKMM mengatakan mereka telah mengeluarkan amaran kepada penyedia perkhidmatan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan, tetapi aduan daripada pengguna dikatakan semakin meningkat dari hari ke hari berkaitan dengan kualiti perkhidmatan dan sebagainya;.


Mungkin dengan mengambil langkah sebegini, kita sebagai pengguna akan dapat menikmati perkhidmatan mudah-alih yang lebih baik dan berkualiti lagi.


sumber asal dari amanz

Posting Komentar

Jika anda merasakan artikel ini berguna sila share bersama kawan-kawan anda
Sila Komen Dengan Berhemah,Tulisan Dari Anda Adalah pendapat Dari Anda

 
Top